Make your own free website on Tripod.com
   
10/12/1993 Lupakan saya! By Azizan Hashim (256 wds)
SELANGOR terus kecewa dalam usaha memburu khidmat pemain tengah berwibawa Perak, Azizol Abu Haniffah bagi memperkukuhkan cabarannya dalam cabaran bola sepak Liga Malaysia tahun depan apabila ketua pasukan itu memilih terus kekal dengan negeri asal. Tindakan Azizol itu nyata mengulangi peristiwa musim lalu apabila turut sama menolak lamaran pasukan merah kuning itu.
 
16/12/1993 Moustava, Shoukrat terima tawaran Perak By Azizan Hashim (171 wds)
TONGGAK pertahanan, Moustava Belialov dan rakan senegara, Shoukrat Khalmirzaev menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Perak (PFA), untuk mewakili negeri itu bagi menghadapi Liga Malaysia, musim depan. Setiausaha PFA, Mohd Sharaani Haji Zainuddin memberitahu, kedua-dua pemain sudah menyatakan persetujuan mereka dengan menyerahkan kembali surat tawaran itu semalam.

 
23/12/1993 Format baru FAM macam `liga ekspres' (266 wds)
FORMAT baru Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menaikkan taraf bola sepak negara ke profesional dengan jadual perlawanan ketat menyaksikan pertandingan Piala FA tahun ini dijalankan seolah-olah `liga ekspres'. Juara Piala FA 1993, Kuala Lumpur akan membuka perlawanan sulung mereka untuk bertemu skuad penuh kotroversi, Kelantan pada perlawanan pembukaan apa yang disifatkan sebagai pertarungan `kalah mati berganda'.
 
29/12/1993

Zaidi mahu kembali ke Perak By Azizan Hashim
KELANTAN mungkin kehilangan khidmat pemain tengah, Zaidi Nafiah apabila pemain itu memulakan usaha untuk kembali ke pasukan negeri asalnya bagi menghadapi musim bola sepak Liga Malaysia, Mac depan. Sebagai langkah pertama ke arah itu, Zaidi sudah mengambil surat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PFA), baru-baru ini.

21/12/1993 Rais tolak tawaran jadi pemain profesional (210 wds)
SUDAH terlewat! Begitulah pandangan bek kanan Perak, Abdul Rais Abdul Rashid mengenai kemungkinan dirinya menjadi pemain profesional pada bola sepak Liga Malaysia musim depan.
 
19/12/1993 Isham bimbang punca pendapatan By Azizan Hashim (218 wds)
ISHAM Shahruddin memghadapi dilema membuat keputusan terhadap tawaran menjadi pemain bola sepak profesional untuk Perak, pada Liga Malaysia tahun depan, kerana bimbang hilang punca pencarian selepas bersara dari sukan itu beberapa tahun lagi. Sehubungan dengan itu, Isham ingin berbincang dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PFA), Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, bagi mengatasi masalah itu.
 
07/12/1993 Perak mahu swastakan pengurusan By Azizan Hashim (220 wds)
PASUKAN Perak mungkin diletakkan di bawah pengurusan sebuah syarikat swasta yang berminat mengendalikan pasukan Kejor Yob Kejor itu bagi menghadapi pertandingan bola sepak Liga Perdana, tahun depan. Sehubungan itu, Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) sedang mengkaji tawaran oleh sebuah syarikat gergasi di negeri itu.
 
1993 dalam  kenangan
sham 15.07.2002
 

Rais tolak tawaran jadi pro 15/12/1993 By Azizan Hashim
TONGGAK pertahanan, Abdul Rais Abdul Rashid, menolak tawaran Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) untuk menjadi pemain profesional bagi menghadapi Liga Malaysia tahun depan. Tindakan penolong ketua pasukan Kejor Yob Kejor itu didorong oleh faktor umur kerana sedar hakikat dia semakin dikejar usia.
 

Perak mahu swastakan pengurusan By Azizan Hashim
PASUKAN Perak mungkin diletakkan di bawah pengurusan sebuah syarikat swasta yang berminat mengendalikan pasukan Kejor Yob Kejor itu bagi menghadapi pertandingan bola sepak Liga Perdana, tahun depan. Sehubungan itu, Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) sedang mengkaji tawaran oleh sebuah syarikat gergasi di negeri itu.

Azizol tolak Pahang 03/12/1993 By Azizan Hashim
HASRAT Pahang mendapatkan khidmat perancang kebangsaan, Azizol Abu Haniffah bagi memperkukuhkan persembahan menghadapi bola sepak Liga Perdana, musim depan, tidak kesampaian apabila ketua pasukan Perak itu menolak lamaran elit Pantai Timur itu. Azizol berbuat demikian kerana masih setia dengan pasukan negeri asalnya yang diwakili sejak 1983.
 

Nasib baik tinggal Perak 17/11/1993
PENYERANG lincah Kedah, Nidzam Adzha Yusof menganggap dirinya bertuah kerana membuat keputusan bijak untuk mewakili Kedah dalam kancah bola sepak tempatan, musim ini. Apa tidaknya, selepas meraih pingat juara liga, dia kini berpeluang meraih pingat kedua apabila Kedah mara ke akhir Piala Malaysia, menentang Singapura, 28 November ini.
 

Perak pelawa Nidzam, Khairuddin 30/12/1993 By Azizan Hashim
PERAK mempelawa penyerang lincah, Nidzam Adzha Yusof, serta penjaga gol, Khairuddin Idris, pulang semula ke pasukan negeri asal mereka untuk memperkukuh cabaran pasukan Kejor Yob Kejor, bagi menghadapi bola sepak Liga Malaysia, Mac depan. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PFA), Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata tawaran itu turut terbuka kepada semua bekas pemain negeri itu yang ingin kembali ke Perak musim depan.
 

Worden pikat Perak 27/11/193
USAHA Ken Worden memikat Perak bermula apabila bekas jurulatih skuad Kebangsaan itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PFA), Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, di Ipoh, hari ini. Walaupun Raja Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mengulas tetapi dipercayai ia mempunyai kaitan dengan ura-ura kedatangan jurulatih itu ke Perak, musim depan.

Jadual Piala Malaysia edisi 2002
sham 14.07.2002
Perak di kumpulan D dalam Piala Malaysia 2002
sham 14.07.2002

Jadual Perlawanan Piala Malaysia boleh didapati dengan mendownload dari sini (dalam format microsoft excel)  terdapat sedikit pembetulan dari jadual asal yang diundi dimana perlawanan membabitkan Melaka dan Terenganu telah diterbalikan kerana Melaka diwakili oleh 2 pasukan dan mengunakan Stadium yang sama (sumber dari wakil Telekom Melaka) bagaimana pun belum ada keputusan rasmi dari FAM yang saya dapati. Jadual yang telah dibuat adalah yang telah diubahsuai berdasarkan maklumat yang saya terima dari wakil Telekom Melaka dan bukan dari FAM. Harap maklum
 

Kumpulan A

A1

Sarawak

A2 Pahang
A3 Telekom Melaka
A4 Sabah
Kumpulan B
B1 Melaka
B2 Terengganu
B3 Penang
B4 Selangor MPPJ
Kumpulan C
C1 Kelantan
C2 Selangor Public Bank
C3 Selangor
C4 Perlis
Kumpulan D
D1 Perak
D2 NS Chempaka
D3 Kedah
D4 Johor FC
Klik untuk melihat jadual penuh


Dato' Jamal Nasir & Netto di majlis tersebut

Penolong Kapten Perak Syamsul Saad memasukan bola ke dalam bungkusan hitam

dan dipindahkan ke kotak undian

Klik untuk photo yang lain