Make your own free website on Tripod.com

May 2002

Pulau Pinang vs Perak.
sham - 30.05.2002

Aksi perlawanan Penang Perak di Stadium batu kawan. Klik di sini
Semua photo adalah sumbangan jurukamera majalah kejor yob kejor saudara Radzmie.

Rushanizam jalani pembedahan lutut kanan.
sham - 17.05.2002

Selepas Hamsani terpaksa manarik diri dari Skuad Kebangsaan, seorang lagi pemain Perak bakal mengambil langkah serupa. Rushanizam yang mengalami kecederaan tersebut ketika menjalani perlawanan persahabatan di Medan baru-baru ini. Beliau yang tidak mengikuti rombongan skuad kebangsaan ke Myanmar minggu ini terpaksa menjalani pembedahan lutut kanan di Ipoh Pantai Medical Center jam 10.00 pagi tadi (Jumaat). Pembedahan yang mengambil masa 3 jam itu telah selesai ketika beliau dihubungi KL/SPARK petang tadi. Menurutnya lagi 3 bulan sebelum ini beliau telah menjalani pembedahan kecil di sebelah kiri dan kini tidak dapat mengelak untuk melakukan pembedahan disebelah kanan pula ekoran terdapatnya tulang yang pecah dibahagian lutut tersebut. Ini mengakibatkan beliau merasa sakit ketika mengambil sepakan walaupun masih boleh berlari. Yang pastinya beliau akan berehat dalam jangka masa 3~4  bulan ini.

Semoga beliau cepat sembuh untuk kembali beraksi bersama Perak disaingan seterusnya. Sementara itu Hamsani kini dilapurkan telah menjalani latihan di Gym MSN dan akan mengikuti latihan bersama skuad Perak dalam masa terdekat. Skuad Perak pula akan ke Langkawi pada 19 ~ 23 May ini dalam sessi latihan sambil makan angin di sana dan kesemua mereka akan hadir untuk menyaksikan perlawanan Malaysia dan Brazil di Bukit Jalil pada 25 May nanti.

Khalid ke Eintracht Frankfurt ?
yob4ever - Klang  <15.05.2002>

http://www.sge4ever.com Laman web berbahasa Jerman berkenaan dengan Eintracht Frankfurt Germany's Second Division Club, sebuah kelab di sana yang dkatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Khalid, setelah melihat aksi Khalid menjalani latihan di sana selama 3 hari. Khalid yang ditemuramah pemberita dalam latihan terakhir sebelum ke Myanmar dikatakan berminat untuk ke sana demi memajukan lagi karier bola sepaknya. Beliau dikatakan ditawarkan bermaian dengan pasukan keduanya dalam Division 3 dan jika Eintracht berpuas hati beliau akan dipindahkan ke skuad utama yang bersaing dalam Division 2.

Tetapi, perbincangan setakat ini masih di peringkat awal, belum ada tawaran rasmi daripada Eintracht. Saya terpaksa menunggu Holger kembali dari Jerman untuk mengetahui perkembangan selanjutnya,'' kata Khalid yang masih mendahului senarai penjaring Perdana Satu musim ini dengan 14 gol.

Majalah dan Jersi Perak 2002 di Lembah Klang.
yob4ever - Klang  <13.05.2002>

Rombongan KL/ SPARK ke Pulau Pinang dan Ipoh (vs Trg).
yob4ever - Klang  <13.05.2002>

Bagi peminat bola sepak Perak yang berada diLembah Klang boleh mendapatkan majalah "Kejor Yob Kejor" (KYK), Jersi Diadora Perak Original berwarna kuning dan juga wind Braker Diadora yang digunakan oleh pemain berwarna Hitam berjalur kuning (kena tempah). Bagi majalah stok adalah terhad dan tiada cetakan kedua. Dan untuk Jersi baki yang tinggal juga dibawah 30 helai. KL/SPARK akan mengusahakan untuk mebawa pelbagai lagi product PAFA dan Diaodar ke lembah Klang.

Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan perlawanan ini, kita bertemu Pulau Pinang pada 28.05.02 ini diBatu Kawan. Menang adalah jawapan yang diperlukan untuk memudahkan kita meraih Juara Liga 2002.

04.06.02 kita akan bertemu Trengganu di Ipoh, menang dengan jaringan 2 gol diperlukan bagi kita meneruskan saingan Piala FA yang semakin hampir ke penghujung. Marilah kita ke Stadium untuk meberi sokongan kepada pasukan Perak. Hubungi AJK untuk tempahan

Khalid kembali mengganas..
yob4ever - Klang  <12.05.2002>

yob4ever sukar untuk dilawati
yob4ever  - Padang Rengas  <05.05.2002>

Klik untuk laporan dan aksi pertemuan Perak lawan Melaka di Ipoh.

Tak tahu apa sebab, jadi disini ini saya maklumkan bahawa website ini boleh terus dilawati melalui 2 address  iaitu: (1) http://kejoryobkejor.tripod.com ataupun (2) http://yob4ever.tripod.com  bagi address http://yob.4ever.cc ia sebenarnya membawa anda terus ke web kejoryobkejor.tripod.com adress tu sebenarnya sebagai appearance sahaja.

Seladang menanduk mati gergasi merah
yob4ever  - Padang Rengas  <04.05.2002>

Aku kena baling @!$#~>!!!!
tunguuuu

Klik untuk coretan peminat dan aksi 1
Klik untuk melihat aksi part 2

Tunggu aku balik klang, baru aku buat artikel nie, apapun kamera yang digunakan untuk mengambail gambar dalam website ini nyaris tidak menamatkan riwayatnya malam tadi (kalau kena aku tutup kedai terus) akibat objek terbang dari arah penonton yang hanya mengenai tangan aku, Sila beri komen diruangan forum bagaiman cara nak elak perkara nie dari terjadi pada setiap perlawanan di stadium. Ingat komen anda sebenarnya dibaca oleh Pihak PAFA. Jadi bagi la pendapat yang bernas. Mana tau ko PAFA nak kasi ang paw kepada anda yang memberi cadangan terbaik. Harap harap le...tak gitu

Nduka Ugbade
yob4ever  - Padang Rengas  <04.05.2002>

Carian"Nduka Ugbade" di enjin pencari yahoo menemuka saya beberapa artikel yang ada kaitan dengan beliau di internet. Namun kesemua artikel yang ditemui adalah artikel lama (1985~1987) iaitu ketika beliau bersama skuad U17 Nigeria dan bermain diposisi pertahanan. Menurut salah satu artikel tersebut beliau dilahirkan pada 6 Sept 1969. Namun artikel beliau yang bermain diKelab yang lain tidak dijumpai. 

Foto kanan: Ugbade Jersi No.3


World Golden Eaglets Of 1985. Inaugural U-17 World Cup, China.

Perak vs Selangor
yob4ever  - Padang Rengas  <03.05.2002>

Gambar  Skuad Presiden Perak
yob4ever - Padang Rengas  <03.05.2002>

Semua peminat yang akan ke Stadium untuk menyaksikan perlawanan ini diharap dapat memakai baju yang berwarna kuning. Saya dimaklumkan rombongan KL/SPARK akan datang bersama 4 buah bas tidak termasuk kenderaan persendirian. Tiket akan dijual lebih awal bagi mengelakan kesesakan kerana perlawanan ini dijangka akan dibanjiri oleh lebih ramai peminat bola sepak Perak.

Seperti yang dijanjikan gambar sekitar perlawanan Skuad Piala Presiden Perak melawan Skuad bawah 20 tahun kebangsaan di Kelana Jaya tempoh hari boleh dilihat di sini...

Rushanizam pula terpaksa berehat..
yob4ever  - Klang  <02.05.2002>

Khalid ke Jerman
yob4ever - Klang  <02.05.2002>

Setelah dimaklumkan bahawa pemain yang lebih dikenali dengan panggilan "Botak" menjalani rawatan di Wisma FAM semalam, Saya dan beberapa wakil KL/SPARK cuba menziarahi beliau di sana, tapi malangnya kami terlewat beberapa jam, kerana selepas dihubungi beliau telah pun dibenarkan pulang ke Ipoh. Dari berita tak rasmi beliau dikatakan mengalami kecederaan tersebut ketika beraksi bersama skuad kebangsaan di Medan Indonesia. Botak tidak menyertai rakan-rakanya yang lain keTrengganu dan  lebih malang lagi kemunkinan beliau tidak beraksi sekurang-kurang 3 perlawanan selepas ini. Semoga beliau cepat sembuh unutk kembali beraksi bersama rakan yang lain di padang.

Itulah berita yang diterima, pemergian beberapa anak muda Malaysia termasuk Khalid & Akmal Rizal berserta beberapa yang lain sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan dengan Brazil nanti. Menurut salah seorang pengendali Skuad U20 M'sia tarikh berlepas masih belum dipastikan kerana tiket masih belum diperolehi. Mereka akan menjalani latihan dengan beberapa Kelab di sana dan dijangkakan tempoh latihan tersebut mengambil masa 3 minggu. Ketiadaanya beraksi meletakan persaingan merebut "kasut emas" Premier 1 terbuka lebih luas. Sementara itu Ugbade pemian Import kedua Perak dari Nigeria telah pun menandatangani kontrak bersama Perak. Apa pun tidak dapat dipastikan bila beliau mula boleh beraksi, dipahamkan pendaftaran beliau telah dihantar ke FAM Sabtu lepas (27/4/02).
Menurut laporan akhbar hari ini(3May02) Khalid telah berangkat ke Jerman dan akan berada disana sekurang-kurangnya seminggu.

Penyu menangis lagi..
yob4ever  - Klang  <01.05.2002>

Rombongan menyaksikan Seladang vs Giant
yob4ever - Klang  <01.05.2002>

Pertemuan pertama sebelum ini di Ipoh yang memihak kepada Seladang, bakal menyaksikan aksi kali ini dijangka lebih... Lagi..

Tarikh : 04 May 2002
Hari     :  Sabtu
Waktu Bertolak  : 3.00 Petang dan 6.00 petang
Bayaran (TambangBas&Tiket) : RM 25.00 (Ahli) & RM 30.00 (Bukan Ahli)
Berminat sila hubungi :
En. Ali Rahim  016 - 364 8569  ( PJ )
En. Sahabudin 019 - 350 0492  ( PJ )
En. Sani 019 - 364 2606  ( Cheras )
En. Anuar 013 - 206 7240  ( Bangi )