Julai 2002
Perak vs Telekom Melaka
31.07.2002

Perak berhadapan dengan Telekom Melaka tanpa arkitek utama Ahmad Sharul Azhar yang direhatkan kerana kad kuning kedua. Insiden gol sendiri ketika bertemua NS Chempaka berulang kembali dan merupakan catatan terpantas jaringan (45 saat) apabila salah paham antara  Rushanizam dan Tay Sin Kiat membawa padah apabila bola yang ditampan beliau dari terlepas ke Isaac Kuffour menerjah ke gawang sendiri. Insiden tersebut juga menjadikan permainan Rushanizam sedikit tergangu selepas itu dan terpaksa dikeluarkan pada rehat separuh masa pertama. Permainan seterusnya agak seimbang antara  kedua-dua pasukan hinggalah ke minit ke 45 Indra berjaya memecah kebuntuan dengan menanduk ke penjuru gol lawan untuk meletakan kedudukan 1-1. Sebelum itu Perak berpeluang mendapat gol lebih awal apabila Nduka yang terlepas perangkap Offside gagal membuat sentuhan penyudah walaupun tiadak dicabar oleh lawan. Peminat berharap kedudukannya  dalam skuad utama pasukan dikaji semula kerana beberapa pemain sedia ada yang lain dikatakan  mempunyai keupayaan yang lebih baik apatah lagi dilihat Nduka gagal menyerlah perebutan bola tinggi.

Separuh masa kedua menyaksikan jentera serangan Perak meningkatkan asakan selepas kemasukan Saravanan dan Norizam. Beberapa peluang keemasan yang dimiliki berjaya dipatahkan oleh bekas pemain Perak Khairul Anuar Baharum. Ternyata beliau yang menjadi penghalang untuk Perak mendapat bekalan mudah untuk dibawa ke Stadium Hang Tuah Selasa depan. Kedudukan 1-1 kekal sehingga perlawanan tamat. Namun begitu para penonton yang hadir juga dikejutkan dengan penyertaan Farid Dewan dan Khairi Zainuddin pemain pinjaman dari Kuala Lumpur dalam Skuad FA Cup Telekom Melaka kerana sebelum ini mereka juga telah mewakili KL dalam pertandingan yang sama. Bagaimana pun dari rujukan saya berdasarkan arikel 5.8 Peraturan AM liga Malaysia menyebut ... "Seseorang pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu pertandingan oleh satu pasukan pada bila bila masa. Jawatan kuasa Pertandingan Tempatan akan mengambil tindakan keatas pemain dan / atau kelab yang bersalah jika perkara ini timbul. Mana-mana pasukan yang ingin menertai lebih dari satu pertandingan boleh memohon kepada jawatan kuasa pertandingan tempatan untuk pertimbangankan." Ternyata perkara ini dibenarkan jika Telekom Melaka membuat permohonan sebelum ini. Jika tidak keputusan lain mungkin dikeluarkan oleh FAM sedikit masa lagi. Pengadil perlawanan ini juga dikritik ramai penonton terutama apabila Nanthamumar dilayangkan kad kuning ketika dijatuhkan yang kemungkinan dilihat Nantha sengaja menjatuhkan diri. Kejadian yang berlaku diluar Stadium selepas perlawanan tamat juga mencacatkan disiplin para penyokong dan peminat Perak. Akibat terlalu emosi dengan keadaan terdapat antara mereka yang membaling objek kearah bas Telekom Melaka dan yang lebih parah mereka  yang membalingnya terlepas dan orang lain yang menjadi mangsa dicekup pengawal keselamatan. Sebagai penyokong dan peminat seharusnya kita tidak bersikap membuat keputusan sendiri dalam apa keadaan sekalipun. Laporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terdapat perkara yang melanggar undang -undang berlaku di Stadium. Semoga Perak tidak bermain didalam Stadium kosong akibat perbuatan segelintir mereka yang tak bertanggung jawap ini. Pertemuan separuh akhir kedua Selasa depan pula menyaksikan K. Nanthakumar terpaksa direhatkan akibat kad kuning.  Kejor yob kejor..

Klik disini untuk photo


Indra Putra Mahayuddin
Cabaran FA Cup semakin getir.
29.07.2002

Misi ke 2 menawan Piala FA bakal berhadapan laluan sukar jika keputusan perlawanan pertama Piala Malaysia 2002 diambil kira. Ketumpulan jentera penyudah masih menghantui skuad Seladang yang lebih menguasai perlawanan tersebut. Ketiadaan pemenang anugerah kasut emas primier 1 2002 bukanlah alasan yang patut diberikan kerana kita mempunyai pemain lain yang berpotensi tinggi di kancah bola sepak Malaysia hari ini. Sepakan yang tidak menepati sasaran walaupun mempunyai peluang yang amat baik dilihat faktor utama kegagalan Perak untuk menambah koleksi gol pada setiap perlawanan. Rata-rata para peminat berharap perkara ini dapat diperbaiki walupun tempoh musim 2002 hampir ke penghujung bagi memantapkan pasukan dalam episod "menawan 3 piala". Tidak mustahil ia menjadi kenyataan kerana Perak memiliki Jentera pertahan terbaik musim ini dan memerlukan sedikit peningkatan dibahagian serangan.

Telekom Melaka yang bakal dihadapi Selasa ini di Ipoh bakal menjadi penghalang berdasarkan keputusan menumpaskan Sabah 5-2. Kenyataan Pengurus dan Jurulatih sebelum ini yang mengangap semua pasukan yang bertanding dalam kancah Piala FA dan Piala M'sia adalah pasukan terbaik walaupun apa sekali status mereka. Jelas perkara ini telah dibuktikan oleh Selangor MPPJ, Selangor Public Bank dan Telekom Melaka (TM) dalam perlawanan pertama mereka. TM yang diketuai bekas pemain Perak sedikit sebanyak mengetahui kelemahan setiap pemain Perak yang pernah beraksi bersama beliau termasuk Hamsani ketika bersama Negeri 9 dulu. Perak memerlukan reformasi dibahagian jentera serangan sekiranya inginkan kemenangan dalam pertemuan ini  bagaimanapun TM tentunya mempunyai misi yang sama terhadap Perak. Jelas pertemuan ini terbuka untuk kedua-dua pasukan dan hanya yang terbaik layak ke peringkat akhir. Semoga peminat yang datang pulang dengan kegembiraan seterusnya bersama memberi sokongan di Melaka pada 6/8/2002 nanti..Kejor Yob Kejor.

Jadual Piala Malaysia edisi 2002
14.07.2002
Perak di kumpulan D dalam Piala Malaysia 2002
14.07.2002

Jadual Perlawanan Piala Malaysia boleh didapati dengan mendownload dari sini (dalam format microsoft excel)  terdapat sedikit pembetulan dari jadual asal yang diundi dimana perlawanan membabitkan Melaka dan Terenganu telah diterbalikan kerana Melaka diwakili oleh 2 pasukan dan mengunakan Stadium yang sama (sumber dari wakil Telekom Melaka) bagaimana pun belum ada keputusan rasmi dari FAM yang saya dapati. Jadual yang telah dibuat adalah yang telah diubahsuai berdasarkan maklumat yang saya terima dari wakil Telekom Melaka dan bukan dari FAM. Harap maklum
 

Kumpulan A

A1

Sarawak

A2 Pahang
A3 Telekom Melaka
A4 Sabah
Kumpulan B
B1 Melaka
B2 Terengganu
B3 Penang
B4 Selangor MPPJ
Kumpulan C
C1 Kelantan
C2 Selangor Public Bank
C3 Selangor
C4 Perlis
Kumpulan D
D1 Perak
D2 NS Chempaka
D3 Kedah
D4 Johor FC
Klik untuk melihat jadual penuh


Dato' Jamal Nasir & Netto di majlis tersebut

Penolong Kapten Perak Syamsul Saad memasukan bola ke dalam bungkusan hitam

dan dipindahkan ke kotak undian

Klik untuk photo yang lain