Make your own free website on Tripod.com
 Ogos 2002
 Jersi No. 25 kembali beraksi.
25.08.2002



Ketika peminat tertunggu-tunggu bila Khalid akan kembali dari Jerman, tiba-tiba beliau muncul di Paroi dan tetap mahu diturunkan walaupun dinasihatkan berehat oleh Tonny Netto Jurulatih Perak (Perak 1 NSC 1)

 Berita ringkas - Edisi sebelum berangkat ke Paroi.
1.20 petang 24.08.2002
 Perak ke Suku akhir Piala M'sia 2002.
25.08.2002

Sumber risikan laman web yob4ever mendapat maklumat ada berita gembira buat Perak di Paroi malam ini. Bagi anda yang ingin mengetahuinya dijemput ke sana sambil memberi sokongan. Kami tidak dapat memaklumkan perkara ini sehingga wisel permulaan kerana khuatir akan menggangu strategi permainan Perak jika diketahui lawan... Adakah Sara akan bermain malam ini atau Faizal telah pulih 100%  atau Perak mendapat penganti baru Nduka atau Indra berubah ke posisi penyerang ditengah atau Hamsani akan diturunkan dipermulaan permainan atau teka je le .......... yang nak tau juga jom ke Paroi...jawapannya ada di sana...

2 mata yang diharapkan di Paroi tidak ditemui, bagaimanapun  1mata yang diperolehimemadai untuk ke suku akhir setelah JFC tumpas 2-1 di Alor Star. Gol pertama di Paroi mengejutkan para penyokong Perak yang lebih ramai dari penyokong tuan rumah dihasilkan pada minit ke19 setelah Sin Kiat tidak sempat bangun setelah bola yang ditolaknya menuju kearah pemain lawan untuk diserang balas. Namun minit ke 42 adalah detik penyelamat Perak apabila Indra menjaringkan gol penyamaan sekali gus Chan Wing Hoong terpaksa dibawa keluar kerana kecederaan dikepala dalam usaha mendapatkan gol tersebut. Ayam tambatan Perak yang baru kembali dari Jerman dibawa masuk ternyata amat dirindui oleh peminat hinggakan ketika ke tandas pun peminat tetap memberi tepukan terhadapnya. Ternyata tempuh penerbangan yang lama dan berita kecederaan beliau sebelum ini terjawap selepas melihat beliau beraksi. Ramai peminat tertanya-tanya apakah Khalid sudah kembali pulih dari kecederaannya ? Kita tak perlu cepat melatah kerana kita akan mengetahui juwa jawapan sebenarnya nanti. Kedudukan seri 1-1 kekal hingga wisel penamat walaupun Perak mempunyai 4 ~ 5 peluang menjaringkan gol ketika pemain berhadapan 1 lawan 1 dengan Abd. Hadi Tahir penjaga gol N9C. Tiada rezeki Perak untuk menang di Paroi tetapi rezeki Perak ke suku akhir masih ada. Tentunya semangat pemain dan peminat Seladang akan bertambah dengan kembalinya Khalid ke Perak sehingga penamat musim 2002 ini. Petemuan terakhir Selasa ini akan menentukan siapakah pencabar Perak di suku Akhir kerana kedudukan dikumpulan B masih terbuka unutk semua pasukan. Samba Perak akan kembali...
klik untuk photo perlawanan

 Khalid akan kembali beraksi bersama Perak.
24.08.2002

Khalid Terpaksa Tunggu Tiga Bulan Untuk Sertai Bundesliga

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Meskipun berjaya mempamerkan kebolehan mantap sepanjang menjalani ujian di Jerman, namun nasib malang menjadi penghalang bagi Khalid Jamlus, seorang daripada penjaring gol terbanyak dalam Liga Piala Malaysia, daripada terus diterima menyertai pasukan SV Greuther Furth.Semasa ujian kecergasan peringkat akhir yang menyaksikan Khalid hampir pasti terpilih bagi menyertai pasukan divisyen dua Jerman, Bundesliga, pemain Perak ini telah mengalami kecederaan otot yang serius dan akibatnya terpaksa menghentikan semua kegiatan bersama kelab itu. Walaupun bersimpati dengan nasib yang menimpa Khalid, namun ketua jurulatih Eugen Hach terpaksa memberi keutamaan kepada kepentingan dan masa depan pasukannya. "Maaflah, saya tidak dapat memasukkannnya ke dalam rancangan kami hinggalah pusingan kedua musim ini nanti. Bagaimana saya hendak jelaskan kepada pemain lain yang berada dalam senarai menunggu (kebanyakannya dari Eropah Timur) yang cergas sekiranya saya mengambil pemain yang tidak 100 peratus cergas dalam enam minggu akan datang? Saya meletakkan harapan tinggi terhadapnya," kata Hach dalam kenyataan yang difakskan ke sini Jumaat oleh penasihat teknikal Persatuan Bola Sepak Pahang, Holger Obermann yang juga berasal dari Jerman. Khalid perlu mendapatkan rawatan selama tiga minggu di Pusat Perubatan Frankfurt dengan bantuan German NOC sebelum ditanggung oleh SV Wehen, kelab yang pernah disertai Rudie Ramli dan Mohamed Fadzli dua tahun lepas. Kini, Khalid hanya menjalani latihan ringan bersama pemain amatur sehingga keadaannya kembali pulih. Memandangkan beliau akan hanya menandatangani kontrak dengan pasukan berkenaan pada Disember ini, Khalid akan kembali ke tanah air tidak lama lagi untuk mewakili Perak dalam kejohanan Piala Malaysia. -- BERNAMA
Laporan diatas dipetik dari http://www.bernama.com.my


Khalid turun beraksi walaupun baru paginya tiba di Ipoh sekembalinya dari Jerman pada 11.05.2002 lalu ketika Perak menentang Melaka. Pada perlawanan itu Perak menang 3-0 hasil jaringan hatrik dari Khalid

 Pertempuran habis-habisan.
24.08.2002


Rushanizam penjaring gol di Alor Star

Seperti yang dijangka, Seladang terpaksa menunggu perlawanan seterusnya untuk mengetahui keputusan layak ke suku akhir Piala Malaysia 2002. Kunjungan ke Paroi Sabtu ini juga menjanjikan pertempuran habis-habisan NS Chempaka yang mula bangkit setelah mengalami kekalahan 3 kali berturut-turut dengan menewaskan Johor FC. Saingan kumpulan D masih terbuka untuk ke empat-empat pasukan, namun Seladang yang memerlukan 2 mata sebagai syarat ke suku akhir bakal tidak mendapat laluan mudah. Kecederaan Faizal Zainal yang belum diketahui bila akan pulih juga turut meresahkan penyokong Perak apatah lagi melihat Kedah mendapat mata kemenangan dimasa kecederaan permainan. Tiada lagi kelibat Nduka untuk aksi selepas ini bakal membuka peluang pemain lain yang sebelum ini kerap memanaskan bangku simpanan. Impian untuk melangkah kaki ke suku akhir seharusnya dicapai di Paroi walaupun Perak terpaksa berdepan tentangan habis-habisan NS Chempaka. Bagi para penyokong di Lembah Klang dan Selatan tanah air, sokongan anda di Paroi dinantikan.......

 Preview Seladang vs Kenari.
20.08.2002

Hari ini bermula pusingan kedua Piala Malaysia. Perak sekali akan bertemu Kedah di Alor Star. Kali ini Perak akan berhadapan laluan lebih sukar berbanding pertemuan sebelum ini di Ipoh. Kepenatan bermain di Bukit Jalil Sabtu lalu berbanding Kedah yang berehat menanti serta pulih sepenuhnya kecederaan Akmal Rizal dan Rafdi Rashid ditambah pula ketiadaan Saravanan yang terpaksa berehat 2 perlawanan selepas ini dan bermain ditempat lawan adalah faktor yang harus dikaji formula untuk mengatasinya. Harus diingat 3 pemain Perak (Ahmad Shahrul, Indra dan Rushanizam) adalah dalam senarai pasukan skuad Kebangsaan untuk Ke Busan Korea September ini. Kenyataan yang mengarahkan FAM meyediakan persiapan lebih awal dari jadual asal membolehkan ketiga-tiga pemain ini dipanggil serta-merta menjalani latihan pusat tanpa memperdulikan cabaran Piala Malaysia yang sedang berlangsung. Tiada jawapan lain melainkan kemenangan yang harus dikecapi esok agar laluan ke episod seterusnya Piala Malaysia dapat diketahui lebih awal tanpa perlu menanti hingga ke perlawanan terakhir Perak yang akan bertemu Johor FC di Pasir Gudang hujung bulan ini. Lakukan yang terbaik kami sentiasa dibelakang. Tetap bersama mu... PERAK.


Indra, ketika bertemu  Melaka dalam saingan liga di Ipoh.
 

 Perak vs Penang Final FA Cup 2002.
19.08.2002
 Lupakan yang berlalu, usahakan yang baru.
20.08.2002

Klik untuk photo pemain dan pengurusan
Klik untuk photo aksi penyokong

Kekalahan 1-0 kepada Pulau Pinang (PP) memang sukar diterima, tetapi itulah adat perlawanan. Hanya 1 pasukan yang akan bergelar juara. Jelas resputasi sebelum perlawanan tidak boleh diambil kira. Kita bermula dengan 0 pada wisel permulaan. Telalu mudah untuk menunding jari menacari siapa yang harus disalahkan, tapi apa gunanya. Apa yang harus dilakukan kaji kelemahan yang ada dan perbaiki yang mana perlu. Belum terlewat untuk kita berusaha untuk mendapatkan Piala Malaysia. Tak perlu menoleh kebelakang lagi kerana cabaran lebih mencabar menanti dihadapai. Jangan ambil mudah kemampuan lawan walau apa sekali status mereka. Bagi kami para peminat musim 2002 Perak adalah skuad terbaik yang pernah dihasilkan dan jangan cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Tingkatkan lagi usaha, InsyaAllah kita akan lebih berjaya. Samba Perak

Kenangan.
Peminat Bola  from yob4ever forum 16.08.2002

Kemunculan Perak sebagai sebuah pasukan elit didalam kancah bolsepak negara telah menarik hati ramai peminat kepada sukan no. 1 diMalaysia. Sudah semestinya anak kelahiran Perak didalam atau luar negeri Perak menjadi penyokong-penyokong setia. Semenjak Perak menjuarai Piala FA ditahun 1990, ramai mula berminat mengambil tahu perkembangan bolasepak negeri Perak. Boleh dikatakan semasa perlawanan akhir 1990 & 1991 yang berlangsung diStadium Merdeka, terdapat lebih 1/3 dari jumlah penonton yang menyaksikan adalah penyokong Perak. Semenjak kejuaraan itu, bilangan penyokong mula bertambah, walaupun pada tahun 1994, Perak menggunakan Stadium Lumut sebagai stadium tuan rumah Perak, yang ketika itu Stadium Ipoh terlibat dalam kerja-kerja renovasi. Selepas 1994, skandal rasuah melanda bolasepak negara, ramai pemain-pemain dituduh terlibat dan segelintir pemain-pemain Perak tidak terkecuali terbabit juga.

Tahun 1987-89 diperingkat separuh akhir Piala Malaysia, nasib tidak menyebelahi Perak ,apabila kecundang ditangan Kedah. Pengurusan Perak samaada Pengurus hingga keJurulatih memberanikan diri secara terbuka menyatakan tidak puas hati kepada mutu pengadilan kepada FAM. Tahun 1998, merupakan salah satu kegemilangan (pasukan cencaru makan petang Perak apabila membuat kejutan memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia dan terus menjuarainya. Kini Perak sedang menghampiri untuk mencapai kejuaraan berganda (sejak 1989) apabila Johor (1991),Pahang(1992),Kedah (1993) dan Singapura(1994) pernah melakukannya. Tidak ada pasukan yang memenangi Piala FA dan Piala Liga pada satu-satu musim sejak 1989. 17 Ogos akan memungkinkan Pasukan Perak menjadi pasukan pertama menjuarai kedua-duanya. Sebagai peminat dan penyokong bolasepak Perak, sudah tentu harapan yang tinggi disandarkan keatas 11 anak buah Tony Gonzales Netto untuk menyempurnakan impian peminat dan penyokong Perak..............................

Ralat.
13.08.2002
 Tiket Piala FA 2002.
16.08.2002

Artikel sebelum ini yang menyebut majalah "kejor yob kejor" (KYK) keluaran terbaru akan diedar Sabtu ini di Bukit Jalil tidak kesampaian. Kami diberitahu bahagian percetakan tidak dapat menyiapakan KYK pada tarikh tersebut. Harap Maaf.

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket RM10 yang sebelum ini dilaporkan habis (peruntukan untuk penyokong Perak) di Wisma FAM di minta memeriksa semula di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat dan Sabtu ini. Kesemua tiket yang tidak dapat dihabiskan di Ipoh sebelum ini akan dijual semula di sana. Bagaimana pun ketika dihubungi petang tadi Syarikat yang menjual tiket menyatakan masih lagi terdapat tiket berharga RM20 dan RM30 untuk penyokong Perak yang sebelum ini diperuntukan untuk peminat di Lembah Klang. Terdapat juga maklumat yang menyatakan ramai penyokong Perak di Utara yang membeli tiket di Pejabat Penang FA dan peminat di Lembah Klang yang membeli tiket RM10 yang diperuntukan untuk Pulau Pinang setelah tiket yang diperuntukan untuk penyokong Perak telah kehabisan. Apa yang pasti Perak telah memenangi dari segi bilangan penyokong yang hadir ke Stadium Sabtu ini. Tahniah buat Yob dan Yong semua..
No Tel syarikat yang menjual tiket: 03-7873 5373

Pengumuman.
12.08.2002
Ringkasan dari KL/SPARK.
12.08.2002

1) Masih terdapat stock Jersi (Kuning dan putih) serta Wind Braker di KL/SPARK. Peminat di Lembah Klang yang berminat boleh menghubungi AJK KL/SPARK dibawah untuk urusan pembelian.

2) Tiada keistemewaan harga diberikan kepada Ahli Kelab untuk tiket perlawanan Akhir Piala FA, tetapi Ahli Kelab boleh menempah melalui AJK dibawah. Sila sertakan bayaran semasa tempahan (tempahan tanpa wang TIDAK AKAN dilayan) Tarikh akhir tempahan Rabu 10.00 pagi.

3) Bagi anda yang berminat menyertai KL/SPARK boleh berbuat demikian dengan menghubungi AJK berhampiran kawasan anda.

En. Ali Rahim  016 - 364 8569  ( PJ )
En. Sahabudin 019 - 350 0492  ( Pantai Dalam)
En. Sani 019 - 364 2606  ( Cheras )
En. Anuar 013 - 206 7240  ( Bangi )
 

Indra semakin garang...
12.08.2002

Tanpa menjankakan Nahoda utama terpaksa direhatkan kerana deman, pasukan Kejor yob kejor menanti kehadiran sang kenari dihadapan lebih kurang 18,000 penyokong yang sekian lama menanti saat pertemuan ini. Chan Wing Hoong  yang dijangkakan tidak beraksi kerana kecederaan dikepala turut tersenarai dalam barisan pemain malam itu. Kesebelasan pemain separuh masa pertama juga turut disertai oleh Shahrul Nizam dan Saravanan yang kebiasaannya diletakan untuk separuh masa kedua. Indra Putra terus mencatat nama dalam senarai penjaring apabila berjaya melepasi pertahanan Kedah yang diketuai A. Victor pemain yang dipinjamkan kepada Perak musim lepas bagi meletakan kedudukan 1-0. Bagaimana pun dipenghujung separuh masa pertama Kedah berjaya menghasilkan gol dalam kekalutan di pintu gol Perak. Kedudukan separuh masa pertama 1 Perak dan 1 kedah.

Saingan separuh masa kedua bermula dengan Perak memasukkan Nduka Ugbade serta T. Prasad yang semakin meningkat tahap permainan beliau sambil mengeluarkan Saravanan dan Shahrul Nizam. Ternyata Kedah lebih bernafsu untuk terus menambah koleksi jaringan dengan memasukkan Rafdi Rashid dan Akmal Rizal dibahagian jentera pemusnah mereka. Menyedari Kedah kerap melakukan serangan, Perak mengubah corak permainan dengan lebih kerap melancarkan serangan dan saat dinantikan hadir sekali lagi melalui Indra yang berjaya memperdaya Mazlan Wahid walaupun terpaksa berhempas pulas untuk melepasi pertahanan Kedah untuk gol ke 2 Perak. Kemenangan berturut-turut ditempat sendiri ini memenuhi harapan peminat yang selepas ini tidak akan dapat lagi mengunjungi Stadium Perak sehinggalah bulan Oktober ini. Perak akan bermain ditempat lawan dalam 3 perlawanan seterusnya dan memerlukan 1 lagi kemenangan bagi memudahkan laluan keperingkat seterusnya.

Klik untuk photo

Berita PAFA 1.
10.08.2002
Berita PAFA 2.
10.08.2002

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) ingin mengumumkan bahawa tarikh penjualan tiket bagi perlawanan akhir Piala FA ialah pada 14 dan 15 Ogos ini bertempat di Stadium Perak Ipoh.Penjualan tiket akan dibuat secara dua sessi iaitu sessi pagi mulai jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari dan sessi petang mulai jam 2.30 hingga 6.00 petang. Jualan akan dibuat di semua kaunter tiket Stadium Perak.Tiket-tiket yang akan dijual adalah berharga RM10, RM20 dan RM30.Bagi mereka yang ingin membeli tiket tersebut, mereka digalakan datang lebih awal bagi mengelakan berlakunya kesesakan dan kehabisan tiket kerana pihak PAFA hanya menerima 30500 tiket sahaja untuk dijual.Setiap orang hanya layak membeli 4 keping tiket sahaja dan tempahan tiket tidak akan diterima melainkan datang sendiri untuk mendapatkannya.
Ulasan Oleh Hazrir Haron
Shazrir Enterprise

Sempena Perlawanan Akhir Piala FA 17 Ogos ini, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan mengadakan Jualan Promosi barangan sukan berjenama Diadora disamping menghadiahkan sekeping tiket perlawanan yang berharga RM10 dengan setiap pembelian. Ianya diperjelaskan oleh Bendahari Kehormat PAFA, Tuan Haji Mansor b Ahmad di pejabatnya di Kompleks Seri Idaman semalam. Penjualan dan promosi barangan tersebut akan dibuat pada hari penjualan tiket iaitu pada 14 dan 15 Ogos ini bertempat di Perkarangan Pentas Utama Stadium Perak. Antara barangan yang dipromosikan ialah jersi rasmi pasukan Perak berwarna kuning (home), jersi putih (away), t-shirt berkolar, t-shirt kelab peminat, sandal dan kasut joging. Promosi ini bertujuan menggalakan penyokong-penyokong memakai pakaian serba kuning terutama jersi rasmi pasukan Perak bagi memeriahkan suasana perlawanan akhir yang penuh bersejarah.
Ulasan Oleh Hazrir Haron
Shazrir Enterprise

Laporan perlawanan akhir Piala FA 2002.
10.08.2002
Siapa lebih kuning?
10.08.2002

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan perlawanan akhir diantara Perak dan Pulau Pinang akan dilangsungkan pada Sabtu depan 17.8.2002 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh menempatkan kapasiti 80,000 penonton. Tiket berharga RM30 (grandstand), RM20 (terrace), RM10 (open) dan RM5 pelajar sekolah akan mula dijual Selasa ini di Stadium Perak di Ipoh. Bagi peminat di Lembah Klang pula boleh mendapatkannya di Wisma FAM Kelana Jaya bermula pada hari yang sama.

Tiket juga akan dijual di Stadium Bukit Jalil pada hari Jumaat dan Sabtu. Bagi anda di Ipoh yang ingin menyertai rombongan bersama kelab peminat boleh membuat tempahan dengan mengunjungi gerai Kelab di belakang Stadium Perak. SEKALI LAGI DIMINTA SEMUA PENYOKONG PERAK YANG DATANG MEMAKAI BAJU BERWARNA KUNING.

Satu-satunya perlawanan yang tertunda minggu ini dilihat mempunyai agenda yang tersirat. Pertemuan juara Perdana 1 menentang Juara Perdana 2 boleh memberi jawapan siapakah juara sebenar liga 1 & 2. Kedah yang sekian lama menghuni Perdana 2 adalah pasukan yang sebelum ini sukar ditewaskan oleh Perak. Kali terakhir bertemu dalam perlawanan persahabatan menyaksikan Perak tewas kepada pasukan Hijau kuning ini. Tanpa kelibat Wing Hong yang cedera dikepala Perak masih mempunyai ramai pemain pelapis yang boleh diturunkan bila-bila di perlukan. Bagi Perak kemenangan ditempat sendiri dalam perlawanan terakhir di Ipoh amat di perlukan bagi memudahkan laluan ke Suku Akhir Piala Malaysia apatah lagi selepas ini Perak akan bermain ditempat lawan dalam 3 perlawanan seterusnya. Kedah yang sebelum ini bertindak garang membenam NS Chempaka 4-1 di Paroi akan memiliki lebih kekuatan dengan kembalinya Akmal Rizal dan Rafdi yang pulih dari kecederaan. Bagi penyokong Perak sokongan anda di stadium amat di perlukan. kejor yob kejor..

Penyokong lontar batu - Presiden MAFA mohon maaf.
09.08.2002

PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MAFA) semalam memohon maaf kepada penyokong Perak berikutan kejadian penyokong Telekom Melaka melontar batu pada bas penyokong Perak, selepas perlawanan separuh akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium Hang Tuah, Selasa lepas. Presiden MAFA, Datuk Ibrahim Durum berkata persatuan itu kesal dengan gelagat segelintir penyokong Telekom Melaka yang tidak dapat mengawal emosi sehingga tercetusnya kejadian itu. ``MAFA beri jaminan kepada mana-mana pasukan lain dan penyokongnya yang bertandang ke Melaka dalam perlawanan Piala Malaysia yang membabitkan pasukan Melaka dan Telekom Melaka di masa hadapan, kejadian seumpama itu tidak akan berlaku,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Melaka, semalam.

Beliau berkata MAFA telah mengarahkan pegawainya supaya meningkatkan lagi kawalan di Stadium Hang Tuah terutama menjelangnya perlawanan Melaka menentang Pulau Pinang, Sabtu ini. ``Walaupun kejadian itu berlaku di luar kawasan stadium, iaitu di tempat letak kereta, MAFA memandang berat insiden berkenaan,'' katanya. Menurut beliau MAFA menyokong polis mengambil tindakan terhadap penyokong yang terlibat dalam kejadian itu supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara serupa. Ibrahim berkata sekiranya penyokong Telekom Melaka tidak berpuashati sama ada dengan pengurusan pasukan itu, pengurusan stadium atau pengadil, mereka boleh menghubungi pejabat MAFA dan membuat bantahan melalui saluran yang betul. - Bernama

Bas penyokong Perak dibaling batu.
08.08.2002
Perubahan Jadual Piala M'sia 2002.
08.08.2002

Ketika mengunjungi Stadium Pahang di Kuantan dalam separuh akhir Piala Malaysia 2001, salah sebuah dari cermin bas penyokong Perak telah dibaling batu. Selasa lalu kisah yang sama ini kembali lagi ditempat yang berbeza. Stadium Hang Tuah yang terletak di tengah bandar Melaka mencatat rekod kurang menarik untuk dikunjungi oleh pelawat luar  apabila 5 dari bas penyokong Perak mengalami nasib yang sama. Tindakan liar segelintir penyokong yang tidak memahami semangat kesukanan ini amat dikesalkan. Perjalanan pulang penyokong Perak ke Kuala Lumpur dan Ipoh yang sepatutnya boleh bergerak awal terpaksa menunggu hingga ke jam 2.00 pagi bagi menyelesaikan laporan Polis. Tidak cukup dengan itu perlawanan TM dan Perak itu juga diiringi dengan letupan mercun yang kadang kala singgah ditepi padang.

Perlawanan Perak dan Kedah yang sepatutnya berlansung pada hari Sabtu ini 10.8.2002 akan ditukar ke hari Ahad pada waktu dan tempat yang sama. Demikian menurut laporang yang dipetik dari laman web PAFA.

Perak ke perlawanan Akhir piala FA 2002.
08.08.2002

Perak bertandang ke Stadium Hang Tuah, Melaka dalam pertandingan Separuh akhir ke 2 Piala FA. Kemenangan yang diharapkan akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun Perak terpaksa membayar pada harga yang tinggi ekoran terpaksa merehatkan penjaring gol awal, Chan Wing Hong untuk perlawanan akhir Piala FA nanti. Wing Hong dan Jasco dihantar ke Hospital berhampiran untuk rawatan susulan ekoran mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut. Sebelum itu juga Wing Hong telah menerima kad kuning kedua dalam perlawanan Piala FA. Perlawanan yang disaksikan hampir 5,000 penonton itu dimulakan dengan TM banyak menguasai permainan sehingalah ke minit 31 apabila counter attack dari Perak berjaya membolosi pertahanan TM yang diketuai oleh AsrulHanafiah. Kedudukan perlawanan kekal sehingga separuh masa pertama tamat. Menyedari ketinggalan 1-2 secara aggregat, TM terus ghairah mencari gol penyamaan, bagaimanapun hasrat mereka terhalang di benteng terakhir Perak apabila Tay Sin Kiat bertindak cemerlang menangkis serangan TM. Bagaimana pun kedudukan berubah  menjadi 1-1 selepas Isaacc Kufor dijatuhkan dalam kotak penalti Perak. Perak mula beraksi garang selepas TM bermain 10 selepas seorang pemainnya diperintah keluar padang kerana kad merah. Dalam keghairahan menyerang bererapa peluang keemasan terlepas begitu sahaja walaupun hanya memerlukan sedikit ketenangan untuk sentuhan penyudah. Bagaimana pun bermain diperingkat separuh akhir sedikit tidak mungkin terdapat tekanan mental sehingga pemain bermain terlalu berhati-hati. Kemasukan T.Prasad selepas itu  terus meranapkan impian TM untuk mencipta sejarah apabila pemain itu bertindak cemerlang disebelah kiri dengan membuat hantaran yang cantik untuk disudahkan oleh penyerang. Hasilnya Perak mendapat 2 lagi jaringan bagi melayakkan mengulangi episod 1990. Kali ini Perak akan bertemua Pulau Pinang pada 17.8.2002.

Klik untuk photo

Piala Milo 2002 Perak terus dahului liga.
06.08.2002

Pasukan Skuad Piala Milo Perak meneruskan siri kemenangan mereka, kali ini Sekolah Sukan Bukit Jalil 2 (SSBJ2) menjadi mangsa lagi. Perlawanan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pada Ahad 4.8.2002 bekesudahan dengan kedudukan 2-0. Bagaimanapun kedudukan diseparuh masa pertama 0-0.
Klik untuk photo perlawanan (6 pic)

12 bas penyokong Perak akan  ke Stadium Hang Tuah, Melaka.
Sumber: KL/Spark 05.08.2002

Pertemuan penentuan separuh akhir ke dua malam esok yang akan memutuskan yang terbaik akan ke peringkat akhir Piala FA. Perak akan bertemu Telekom Melaka di Stadium Hang Tuah 8.45 malam esok. Kehadiran para penyokong yang selama ini amat dihargai oleh PAFA, jesteru itu sumbangan Penaja dari PAFA untuk AHLI KELAB peminat diteruskan dengan pembiayaan sepenuhnya 2 buah bas dari Kuala Lumpur ke Melaka esok. Sebelum ini PAFA juga telah menyediakan 10 bas dari Ipoh ke Melaka. Bagaimana pun bayaran untuk tiket perlawanan sebayak RM15 (grand stand) adalah atas tanggungan para peserta dan urusan pembelaian akan diuruskan oleh PAFA. Jadi tak perlu dirisaukankan tentang tiket jika anda bersama rombongan 12 buah bas tersebut. BAGAIMANA pun syarat yang dinyatakan sebelum ini dilaman web PAFA perlu dipatuhi. Rombongan ini adalah untuk ahli Kelab Sahaja. Bagi mereka yang belum menjadi ahli masih boleh menyertainya dengan mendaftar sebagai ahli Kelab dan jika masih ada kekosongan tempat didalam bas

Untuk mereka yang ingin menyertai rombongan dari KL/SPARK (ahli dan buka ahli) sila hubugi AJK dibawah untuk tempahan
Tarikh : 06 Ogos2002
Hari     : Selasa
Waktu Bertolak  : 5.00 Petang
Bayaran RM15 untuk tiket perlawanan di Grand Stand
Berminat sila hubungi :
En. Ali Rahim  016 - 364 8569  ( PJ )
En. Sahabudin 019 - 350 0492  ( Pantai Dalam)
En. Sani 019 - 364 2606  ( Cheras )
En. Anuar 013 - 206 7240  ( Bangi )
Peserta rombongan dikehendaki MEMAKAI BAJU BERWARNA KUNING
Semoga misi menawan salah satu lagi Piala berprestig akan menjadi kenyataan. Kejor yob kejor.

Apakah impian akan menjadi kenyataan?
05.08.2002

Tinggal 90 minit lagi sebelum keputusan penuh pasukan yang akan ke peringkat akhir Piala FA diketahui secara rasmi. Keempat-empat pasukan masih mempunyai peluang berdasarkan keputusan seri yang dicatat minggu lepas. Perak akan bertandang ke Stadium yang dikatakan keramat bagi Telekom Melaka walaupun tumpas kepada Pahang 2-1 masih tidak boleh dijadikan rujukan oleh Perak. Kita tidak mengetahui apakah TM terpaksa bermain dibawah kemampuan sebenar ketika bertemu Pahang kerana terpaksa berhadapan dengan Perak dalam perlawanan kalah mati esok. Apa yang kita saksikan di Ipoh Selasa lalu jelas TM mempunyai sebuah pasukan yang agak kuat dan mengamalkan corak bertahan

TM dijangka akan mengubah corak permaianan kerana bermain digelangang sendiri dan ini akan memberi peluang kepada Indra, Norizam, Saravanan dan Nduka untuk  mengkucar kacirkan pertahanan TM yang di ketuai oleh anak Perak Khairul Anuar Baharum. Yang pastinya peminat berharap pemain yang akan mengucapkan selamat tinggal untuk Perak musim depan, Nduka dapat meningkatkan prestasi beliau atau sebaliknya berada dibangku simpanan untuk memberi peluang kepada Saravanan atau Norizam. Tiada hadiah lain selain kemenangan buat peminat yang terpaksa mengambil cuti untuk ke Melaka esok walaupun Perak terpaksa merehatkan Kanu yang menerima kad kuning kedua minggu lepas. Samba yob.

Perak vs Johor FC - Piala Malaysia 2002.
04.08.2002

Misi ke 2 menawan Piala FA bakal berhadapan laluan sukar jika keputusan perlawanan pertama Piala Malaysia 2002 diambil kira. Ketumpulan jentera penyudah masih menghantui skuad Seladang yang lebih menguasai perlawanan tersebut. Ketiadaan pemenang anugerah kasut emas primier 1 2002 bukanlah alasan yang patut diberikan kerana kita mempunyai pemain lain yang berpotensi tinggi di kancah bola sepak Malaysia hari ini. Sepakan yang tidak menepati sasaran walaupun mempunyai peluang yang amat baik dilihat faktor utama kegagalan Perak untuk menambah koleksi gol pada setiap perlawanan. Rata-rata para peminat berharap perkara ini dapat diperbaiki walupun tempoh musim 2002 hampir ke penghujung bagi memantapkan pasukan dalam episod "menawan 3 piala". Tidak mustahil ia menjadi kenyataan kerana Perak memiliki Jentera pertahan terbaik musim ini dan memerlukan sedikit peningkatan dibahagian serangan.

Telekom Melaka yang bakal dihadapi Selasa ini di Ipoh bakal menjadi penghalang berdasarkan keputusan menumpaskan Sabah 5-2. Kenyataan Pengurus dan Jurulatih sebelum ini yang mengangap semua pasukan yang bertanding dalam kancah Piala FA dan Piala M'sia adalah pasukan terbaik walaupun apa sekali status mereka. Jelas perkara ini telah dibuktikan oleh Selangor MPPJ, Selangor Public Bank dan Telekom Melaka (TM) dalam perlawanan pertama mereka. TM yang diketuai bekas pemain Perak sedikit sebanyak mengetahui kelemahan setiap pemain Perak yang pernah beraksi bersama beliau termasuk Hamsani ketika bersama Negeri 9 dulu. Perak memerlukan reformasi dibahagian jentera serangan sekiranya inginkan kemenangan dalam pertemuan ini  bagaimanapun TM tentunya mempunyai misi yang sama terhadap Perak. Jelas pertemuan ini terbuka untuk kedua-dua pasukan dan hanya yang terbaik layak ke peringkat akhir. Semoga peminat yang datang pulang dengan kegembiraan seterusnya bersama memberi sokongan di Melaka pada 6/8/2002 nanti..Kejor Yob Kejor.