Make your own free website on Tripod.com
September 2002
Keputusan Perlawanan M'sia vs Happy Valley
07.09.2002
Ruangan baru

Malaysia menumpasakan Happy Valley Naib Juara Liga Hong Kong musim lalu 5-0. Gol separuh masa pertama dijaringkan oleh Eddy Helmi pada minit 20. Khalid menutup episod separuh masa petama pada minit ke 44 dengan gol kedua. Separuh masa kedua Malaysia menambah 3 lagi gol melalui Tengku Hazman (60) Juzaili Samion (69) dan Hasmawi (73). Indra Putra tidak diturunkan pada perlawanan tersebut ekoran kecederaan ketika bertemu NS Chempaka. Esok M'sia akan bertemu UAE dan Bahrin minggu depan. Perlawanan tersebut dijangka memberi saingan hebat ekoran prestasi pasukan dari benua Arab yang semakin meningkat hari ini. Mereka yang berada disekitar Lembah Klang dijemput untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Berdasarkan perlawanan bertemu Happy Valley kemasukan ke Stadium adalah percuma.

Satu lagi ruangan baru telah dibuka untuk mereka yang mengunakan Hand Phone jenama Nokia. Berbagai picture message dan Logo manager akan dimasukan di sini yang mempunyai kaitan dengan laman web ini dan juga bola sepak Perak serta Negeri Perak. Anda yang mempunyai koleksi sendiri dijemput menghantar kepada kami untuk dimasukan disini. Klik untuk ke sana.

 Persiapan Skuad Bola Sepak Sukan Asia
05.09.2002

Cuti panjang ketika ini turut merehatkan laman web ini dari mencari berita terbaru. Cuma ketika hadir di Wisma FAM Kelana Jaya Isnin lalu saya sempat berbual bersama Ahmad Sharul selain bertanya Khabar berita pasukan Perak juga melihat persiapan skuad kebangsaan menjalani latihan. Cuma perkhabaran yang menyatakan PAFA akan membuat persiapan lebih awal untuk musim 2003 akan datang dan kecederaan yang dialami Faizal yang dijangka mengambil masa untuk pulih menjadi berita terbaru yang diketahui.
Bagi Skuad Kebangsaan pula, pada Jumaat ini 06.09.2002 mereka akan bertemu Pasukan Kelab dari Hong Kong di Stadium MPPJ jam 5.00 petang dan pada hari Ahad 08.09.2002 pada waktu malam ditempat yang sama bertemu UAEsebelum bertolak ke Pulau Pangkor. Kedudukan Khalid yang masih belum dipastikan ekoran laporan kecederaan yang dialami selain Indra yang akan berubah posisi antara berita 4 pemain Perak yang berkampung disana. Sekiranya anda mempunyai berita terkini tentang skuad Perak suka kira nya dapat diperhebahkan dengan diemail ke laman web ini untuk disiarkan.



Ahmad Sharul


Khalid