Oktober 2002
Wallpaper yob4ever ver.2
31.10.2002


Saiz 1024 x 768 pixel. Klik pada gambar untuk saiz sebenar

Majalah Kelab keluaran ke 5.
31.10.2002
Product yob4ever.
31.10.2002

Majalah kelab peminat edisi ke 5 kini berada dipasaran. Bagi anda yang tinggal disekitar Ipoh boleh mendapatkan melaui gerai kelab peminat di Gerai sebelah Stadium dan bagi mereka yang berada di lembah klang boleh mendapatkanya melaui saudara Sani (019-3642606)

Antara kandungan :-
 
1 ) Pembukaan Cawangan Ke-4 di Teluk Intan
2 ) Berita Khalid setelah pulang dari Jerman
3 ) Prebiu Perak Lwn Penang - sukuakhir Piala Malaysia
4 ) Majlis Meraikan Juara Liga
5 ) Berita mesyuarat agung Kelab Peminat bagi tahun 2002
6 ) imbas kembali - Detik ke Final Piala FA
7 ) TEAM Kelab menang jua akhirnya
8 ) Peraduan mencari nama pemain DIADORA
9 ) Poster kenangan mengucup piala di stadium perak
10) dan lain lain berita

Bagi menampung pembiayaan laman web ini suka cita dimaklumkan saya akan cuba memasarkan beberapa product yang berimejkan laman web ini untuk anda. Bagaimanapun ianya bergantung kepada maklum balas anda semua pengunjung setia lama web ini. Sebarang cadangan atau komen boleh diposting ke ruangan forum atau diemail kealamat yob4ever@hotmail.com sekiranya perlu. Maklumbalas anda semua amat dihargai. Terima Kasih

Wing Hoong dan Kanu dipanggil untuk latihan kebangsaan Piala Tiger.
29.10.2002

Persediaan Skuad kebangsaan untuk Piala Tiger bulan depan turut menyenaraikan 2 lagi pemain Perak 2002 menjadikan jumlah kesumuanya 6 orang. Wing Hoong yang sebelum ini pernah 2 menyertai latihan pusat ini turut dipanggil bersama Sani Fahmi dari Kelantan dan Nizarudin dari Selangor. Bagaimana pun Nizar dan Sani sebelum ini terpaksa berehat panjang kerana masalah kecederaan dan Sani Fahmi terpaksa menjalani 2 pembedahan. Sementara Nantha Kumar adalah muka baru bersama Victor Andrag pertahanan Kedah yang dipinjamkan ke Perak musim lalu.

Berikut adalah senari pemuh pemain yang dipanggil kelatihan pusat
Penjaga gol: Azmin Azram Abdul Aziz, Mohamed Sani Fahmi, Mohamed Syamsuri Mustafa.
Pertahanan: Irwan Fadli Idrus, Marzuki Yusof, Nizam Jamil, Khaironisam Sahabuddin, Aziz Ismail, Rushanizam Idrus, Rosdi Talib, Norhafiz Zamani Misbah, Victor Andrag, Chan Wing Hoong, K. Nanthakumar.
Midfielders: Ahmad Shahrul Azahar, Indra Putra Mahayuddin, Juzaili Samion, Tengku Hazman Raja Hassan, Subri Sulong, Mohamed Shukor Adan, K. Rajan, Fadzli Shaari
Penyerang: Akmal Rizal Rakhli, Hairuddin Omar, Mohamed Khalid Jamlus, Eddie Helmi Abdul Manan, Zainizam Marjan, Mohamed Nizaruddin Yusof.

TKN  tumpas ...
28.10.2002

Belum habis cerita kekalahan skuad perdana Perak tewas 1-2 di Ipoh semalam satu lagi wakil Perak di Liga FAM tumpas di Kota Baru, Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FAM semalam. Kekalahan 5-0 meletakan TKN sebagai naib juara Piala FAM dan akan dinaikkan taraf beraksi di Perdana 2 untuk musim 2003

Kini hanya tinggal skuad bawah 19 Perak yang akan meneruskan aksi pada perlawanan akhir Piala Milo pada 1 November 2002 nanti. Semoga Skuad ini akan memberi khabar gembira pada tarikh tersebut. 2002 tahun kecemerlangan Bola Sepak Perak.

Apakah hatrik beraksi di perlawanan akhir akan tercipta?
26.10.2002

Kurang 6 jam sebelum sepak mula untuk pemilihan pasukan terbaik ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 akan bermula. Berbanding perlawanan di Stadium Darul Aman, perlawanan di Stadium Perak dijangkakan lebih hangat berikutan kedudukan yang masih seri selepas 90 minit tamat di Sabah Selasa lalu. Ini bermakna Seladang dan Sang Badak masih mempunyai peluang walau pun kelebihan untuk Seladang yang beraksi digelangang sendiri. Namun perkara ini sepatutnya tidak diambil kira kerana ketika perlawanan akhir Piala FA 2002 di Bukit Jalil lalu penyokong Perak yang mengusai  dari bilangan yang datang telah berputih mata apabila Piala FA tersebut tidak singgah di Perak untuk dibawa ke Pulau Pinang.

Jelas, strategi jurulatih Pulau Pinang Irfan Bakti berjaya untuk menamatkan cita-cita Seladang menawan 3 piala semusim. Diletakan sebagai pasukan pilihan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pemain dan hal ini telah di luahkan oleh pemain import tunggal Perak, Jasco Farac baru-baru ini. Pengalaman yang dikutip ketika bermain dipuncak perlawanan kebelakangan ini diharap dapat mengimbangi tekanan sebahagian besar pemain Perak. Sebagai peminat dan penyokong apa jua keputusan hari diharap dapat diterima dengan terbuka. Tunjukan bahawa bukan kejohanan Bola Sepak Malaysia sahaja bertaraf profesional tapi kita juga harus bersikap Profesional......
Samba Perak....

Perak vs Penang - Stadium Perak
20.10.2002
Demam menanti hari Sabtu... part I
23.10.2002

Misi balas dendam selesai. Jelas tiada laluan mudah buat Harimau kumbang untuk 180 minit perlawanan. Aksi 90 minit di Ipoh malam tadi jika dikekalkan berupaya mengimbangi kekuatan Sang Badak selepas ini kata Pengurus pasukan Dato' Jamal Nasir. Ketiadaan AA dan Botak tidak merencatkan permainan Seladang. Malah kehadiran Surendran dilihat makin menguatkan jentera serangan. Peminat dan penyokong tersenyum lagi dan bagi mereka yang ingin menaiki belon ke Sabah boleh menghubungi AJK Kelab Peminat di Ipoh untuk urusan pengurusan kesana bersama pemain. Angaran perbelanjaan RM 280 seorang. Yang tak mampu kesana bersiap sedia Sabtu ini di Ipoh kita gempur Sang Badak habis-habisan di Stadium Perak untuk perlawanan terakhir di Stadium Perak musim ini. Jika ada rezeki kita akan ke Bukit Jalil untuk kali kedua musim ini. Pemain dan Pengurus pasukan akan memberi yang terbaik untuk kita, tetapi sebagai peminat dan penyokong kita juga harus memberi yang terbaik dengan memakai pakaian serba kuning, tidak membawa mercun dan tidak membaling objek ke padang.
Salam hormat dari www.yob.4ever.cc yang kini menyambut hari jadi tahun kedua Oktober 2002.
klik untuk photo perlawanan malam tadi.

Menyaksikan siaran langsung Selangor Kedah agak memeranjatkan saya yang pada awalnya TV menunjukan catatan Seladang ketinggalan 2-0 di Likas. Perak yang sememangnya tidak diberi bekalan mudah untuk dibawa pulang ke Ipoh oleh Sang Badak akhirnya dapat mencuri peluang melalui jaringan sulung Jasco serta jaringan penyelamat oleh kapten pasukan pada minit ke 75. Kita tidak mengetahui apakah ketiadaan Achoi yang tidak dapat diturunkan memberi peluang Sabah menjaringkan 2 gol. Cuma medan pertempuran diIpoh Sabtu ini mempunyai kelebihan tersendiri dengan beraksi kembali Achoi dan bermain dihalaman sendiri. Prestasi pemain yang 100% pulih dari kecederaan bagaikan bonus dalam misi untuk 3 kali berturut-turut ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Untuk kali yang terakhir bermain di Stadium Perak sudah semestinya kita tidak membiarkan walau 1 kerusi pun kosong tanpa diisi oleh penyokong dan peminat "kejor yob kejor"...... jangan nak melangut depan TV aje yob...

Anda mempunyai pendapat sendiri tentang perlawanan Sabtu ini sila email kepada saya untuk disiarkan artikel anda dilaman web ini sebelum hari Jumaat.


Jasco... gol pertama musim 2002
 

Penang vs Perak - Stadium Batu kawan
18.10.2002
Final Piala FAM 2002
18.10.2002

Suku Akhir pertama Piala Malaysia 2002
Statistik oleh : Razlan
Photo oleh : Radzmie

 

Mesyuarat yang bersidang di Wisma FAM pagi tadi(17/10/02)  telah bersetuju sebulat suara memberi hak kepada Kelantan JPS untuk menjadi tuan rumah dalam PERLAWANAN AKHIR PIALA FAM 2002 antara KELANTAN JPS lawan PERAK TKN. Perlawanan akhir ini akng berlangsung di Stadium Sultan Mohammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan jam 8.30 malam pada 27 0KTOBER 2002. Sekian dimaklumkan.
Sumber: www.kelate.net

TKN ke Final Piala FAM 2002
13.10.2002
Majalah "KEJOR YOB KEJOR" edisi ke 5
10.10.2002

Satu lagi wakil dari Perak, TKN melangkah kaki keperlawanan akhir Piala FAM 2002. Dalam perlawanan separuh akhir sebelum ini TKN menewaskan Suria Penang 4-0 di Ipoh dan pada perlawanan timbal balik di Batu Kawan petang tadi TKN tewas 1-3 bagaimana pun dari segi aggreget 5-3 TKN berjaya ke perlawanan akhir menetang diantara JPS Kelantan atau Kesura Pahang (JPS menang 3-0 di Kelantan dalam perlawanan pertama). Dengan beraksi di perlawanan akhir turut melayakkan TKN beraksi di Premier 2 musim 2003. Bagaimana pun tarikh dan tempat perlawanan akhir belum dapat kami pastikan lagi. Syabas kepada TKN.
Laporan: Radzmie - Batu Kawan


p/s: merurut sumber, TKN akan bertemu JPS Kelantan pada 27.10.2002 ini. Baimanapun tempat perlawanan akan diputuskan oleh FAM.

Majalah KEJOR YOB KEJOR edisi ke-5 akan muncul di Stadium Batu kawan :-
 
Antara kandungan :-
 
1 ) Pembukaan Cawangan Ke-4 di Teluk Intan
2 ) Berita Khalid setelah pulang dari Jerman
3 ) Prebiu Perak Lwn Penang - sukuakhir Piala Malaysia
4 ) Majlis Meraikan Juara Liga
5 ) Berita mesyuarat agung Kelab Peminat bagi tahun 2002
6 ) imbas kembali - Detik ke Final Piala FA
7 ) TEAM Kelab menang jua akhirnya
8 ) Peraduan mencari nama pemain DIADORA
9 ) Poster kenangan mengucup piala di stadium perak
10) dan lain lain berita
Futsal anjuran www.kelate.net di Shah Alam
 

 

MASA 8 PAGI HINGGA 6 PETANG
HARI AHAD 27 OKTOBER 2002
TEMPAT SEKSYEN 11 SHAH ALAM
JUMLAH PENDAFTARAN PEMAIN 7
BAYARAN SATU PASUKAN

RM70

HADIAH JOHAN RM300
HADIAH NAIB JOHAN RM200
TEMPAT 1 HINGGA 4 CENDERAHATI DARI KAMI
JUMLAH PASUKAN  24
TARIKH TUTUP SIAPA CEPAT DIA DAPAT
   

Sebarang masalah sila hubungi webmaster kelate.net 019-3525529 untuk bantuan lanjut. E-mail kami gomokelate@hotmail.com akan dipantau sentiasa. Sebarang kekeliruann sila hubungi melaluinya. Klik disini untuk down;oad borang penyertaan


Peta Lokasi