| Januari 2002 | |
| Kelab peminat Cawangan Lembah 
      Klang  dilancarkan. | Pemain dan jurulatih import 
      tiba di Ipoh. | 
| Kelab Peminat Bola Sepak Perak D.R telah mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang. Kelab ini yang asalnya ditubuhkan lebih kurang 2 bulan lalu berpusat di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya telah diterima menjadi cawangan Kelab Induk yang sedia ada yang perpusat di Ipoh. Penerima cawangan kelab terbaru ini telah dibuat dalam majlis Jamuan Aidil Fitri Kelab Peminat di Ipoh pada hari Sabtu (12/1/2001).Alamat adalah seperti berikut: NO.102 BLOCK 2 ,FLATS TAMAN DATO HARUN, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR. | 
        Pemain import pasukan Perak dari China tiba 
        semalam(Ahad) di Ipoh bersama calon jurulatih Perak dari Brazil yang 
        dikenali sebagai Netto....mereka akan diuji dalam perlawanan 
        persahabatan menentang Kedah di Stadium Darul Aman malam ini...penyokong 
        perak di kedah dan perlis bolehlah ke Stadium Darulaman untuk memberi 
        sokongan kepada pasukan perak. | 
| Fu Ling tiba di Ipoh Ahad ini. | Berita terkini dari Ipoh 13 Jan 2002 | 
| Fu Ling pemain import dari China 
      tidak dapat datang bersama pemain yang lain berikutan masalah visa yang 
      tidak sempat di siapkan. Pemain tersebut dijangkan tiba di Ipoh Ahad ini. 
      Dalam pada itu perlawan persahabatan dengan Selangor yang dijadualkan pada 
      Ahad ini juga dibatalkan berikutan pasukan tersebut yang masih lagi berada 
      di Australia. PAFA akan mengatur perlawan persahabatan dengan pasukan lain 
      bagi menguji pemain import dari China ini, dijangkakan perlawanan tersebut 
      akan diadakan pada hari Isnin. | Pemain import Perak dari China 
      tidak dapat hadir ke Perak pada hari Ahad(13/1/2002) kerana masalah visa 
      dan biokrasi dari kerajaan China. Pemain ini dijangkakan tiba di Ipoh pada 
      hari Khamis(17/1/2002). Menurut percakapan salah seorang pemain pasukan 
      Perak,pemain itu bertubuh kecil seperti bekas pemain Perak zaman Azizul 
      Abu Hanafiah dulu iaitu Mohd Zaidi Napiah. Menurut sumber dari Persatuan 
      Bolasepak Perak,pasukan Liga M Perak akan mengadakan perlawanan 
      persahabatan dengan Kedah pada hari Selasa(15/1/2002) di Kuala Kangsar dan 
      tempat perlawanan belum diketahui lagi. Pada hari 
      Jumaat(18/1/2002),pasukan Liga M Perak akan mengadakan perlawanan 
      persahabatan dengan pasukan Liga M Kuala Lumpur di Stadium Perak pada 
      sebelah malam. | 
| Ingin menjadi ahli "Kelab Peminat Bola Sepak Perak D.R."? | |
| Bagi anda yang ingin menjadi ahli kelab Peminat Sila dapatkan borang dengan mendownload dari alamat ini http://kejoryobkejor.tripod.com/kelab_peminat.xls (MS Excel - 18kb). Bagi pendaftaran bayaran adalah sebanyak RM 5.00 dan yuran tahunan adalah RM 12.00. Jumlah kesuluruhan adalah RM 17.00. Sertakan juga 2 keping gambar bersaiz lesen memandu dan salinan Photostat kad pengenalan. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima. No pendaftaran kelab adalah 4196/96 Pk. Borang boleh dihantar melalui pos bersama Wang Pos ke :-
       Manakala borang juga boleh dihantar terus kepada :-  Pada Tahun ini Kelab menyediakan kelebihan menjadi ahli 
      seperti berikut :-  | |
| Majlis Hari Raya Kelab Peminat Bola Sepak Perak D.R. | Skuad Perak Ke China | 
| Majlis tersebut yang 
      dijadualkan pada 5/1/2001 ditunda ke 12/1/2001. Bagaimana pun masa dan 
      tempat masih tidak berubah. Pihak Kelab memohon maaf diatas penundaan 
      tarikh tersebut kerana berlawanan dengan akitiviti yang lain. Semua pemain 
      turut serta menyertai majlis tersebut. | Skuad 2002 Perak terbang ke China sambil mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan Kelab Div. 1 di China. Disamping menguji barisan skuad 2002 yang sebelum ini menewaskan Selangor 2-1 dalam perlawanan persahabatan, PAFA juga dikatakan cuba mencari pemain import dari sana bagi memantapkan lagi bahagian midfield yang sedia ada. Walaupun 2 pemain import yang datang ujian baru baru ini, hanya pemain dari Croat yang dikatakan mampu mendapat tempat, bagaimana pun seorang lagi pemain dari Uzbek dikatakan gagal mendapat tempat dalam senarai pemain import. Mereka akan pulang pada hari Rabu ini (8 Jan). Seorang pemain dari China yang telah dikenal pasti akan dipanggil untuk menjalani ujian samaada dapat menyesuaikan diri dengan cuaca disini. | 
| Perak 2002 | |
| Persediaan skuad 2002 "kejor yob kejor" semakin kepenghujung, selepas 20 pemain yang sudah menandatangani kontrak musim ini kini hanya baki kouta 4 pemain yang belum diisi. Perak yang sebelum ini melepaskan 7 pemain musim 2001 lebih awal supaya mereka dapat mencari majikan baru tanpa perlu menuggu hingga tempoh tamat kontrak, agak memeranjatkan para penyokong kerana beberapa pemain tersebut tidak dijangkan akan dilepaskan oleh PAFA,. Jika difikirkan secara positif perkara ini sebenarnya mengutungkan juga para pemain tersebut yang juga kerap membarisi bangku simpanan. Malahan khabar yang didengar dari utara, Liew Kit kong kini diletakan dibarisan utama bersama Rafdi Rashid bagi membantu skuad Kedah musim 2002. 
      
      Dalam pada itu Perak dikejutkan dengan 
      penghijrahan Azrul serta Azlisham, tindakan mereka bencari majikan baru 
      tanpa mendapat pelepasan dari PAFA sebelum itu nyaris membawa padah apabila tiada 
      tindakan yang berat diambil oleh PAFA terhadap mereka. Dalam mengarungi liga Profesional 
      Malaysia, masih terdapat pemain yang tidak memahami kandungan kontrak yang 
      mereka tanda tangani sebelum ini. Semoga perkara yang sekecil ini tidak 
      akan berulang dimasa hadapan kelak. Yang boleh menjejaskan persiapan 
      sesuatu pasukan.
      Dalam kesibukan PAFA mencari pemain 
      membuatkan Penasihat Teknikal 2001 Perak M.Karathu pula yang sebelum ini masih 
      belum mendapat  kata putus dari PAFA mencari majikan baru di 
      Singapura. Hingga ke hari ini masih belum ada jurulatih untuk Perak, 
      walaupun ada ura-ura Wan Jamak akan dipanggil, tetapi sebenarnya beliau 
      harus mendapat pelepasan majikan beliau dahulu sebelum menandatangani 
      konrak bersama Perak. | |
| Senarai pemain yang digugurkan: 1 - Liew Kit Kong ---> Kedah 2 - Harizul Izuan ---> Kelantan TNB 3 - Zamri Mat Aris ---> Kelantan TNB 4 - Raja Azlan Soib -->Jurulatih remaja 5 - P. Gunasekaran ---> NS Chempaka 
      
      6 - 
      
      Shamsul Akamar Japperi ---> NS Chempaka Pemain yang keluar: 1 - Azrul Amri ---> Kelantan TNB 2 - Azlisham ---> Selangor 
      
      
      Pemain Import: | 
      
      Senarai pemain  2002: | 
| Electronic Wallchart For World Cup 2002 sila download di http://kejoryobkejor/world_cup_2002.xls | |