Mac 2002

Tanpa 5 tunggak utama Perak kurang berbisa
Yob4ever 27.3.2002 (3.50am)

Keputusan di Ipoh Perak seri 1-1 dengan NS Chempaka. Gol dijaringkan oleh Indra Putra pada separumasa pertama, sementara gol NS Chempaka dijaringkan pada minit terakhir separuh masa pertama. 5 tongak utama tidak dapat diturunkan iaitu Ahmad Sharu Azhar, Saravanan, Jasco, Hamsani dan Chan Kok Heng jelas merubah rentak permaianan Perak malam ini.


9-Nagaraja pengantin baru


Khalid - terpaksa bersendirian mencari peluang

Hamsani berehat panjang ...
Yob4ever 24.3.2002

Disaat peminat menerima berita gembira dengan Perak terus mengekalkan kedudukan di tahta liga, kita juga terpaksa menerima berita yang mendukacitakan iaitu penjaga gol utama Perak Hamsani Ahmad kini terlantar di Hospital Pantai Putri, Kuala Lumpur. Beliau yang mengalami patah di lengan kiri dan patah jari kelingking kanan baru selesai menjalani operation ketika AJK KL/SPARK melawat beliau petang tadi. Beliau dimasukan ke hospital tersebut pada jam 10.00 pagi  tadi setelah dibawa dengan kereta Dato' Jamal Nasir, Pengurus Perak dari Perlis jam 5.00 pagi dari sana. Ensiden yang berlaku semalam dalam perlawanan berbaki 8 minit ketika Perak menetang Perlis di Kangar, beliau yang dirempuh oleh pemain impot Perlis dari Brazil De Souza ketika menyelamat bola yang berada dalam kedudukan 50-50. Bagaimana pun pengadil tidak melayangkan sebarang kad keatas pemian tersebut (saksikan insiden tersebut dalam ulasan perlawanan di TV malam ini- Laporang mingguan). Perlawanan yang dilihat sebagai misi balas demdam kesumat Perlis yang tersingkir dalam kancah Piala FA . Lebih menyedihkan, menurut doktor beliau dijangkankan tidak dapat bermain dalam tempoh 3 bulan ini. Kesedihan ini amat dirasai oleh jurulatih Perak Tonny Netto yang lebih rela kalah dari kehilangan Hamsani. Dengan kedudukan ini Tay Sin Kiat akan mengambil alih selaku penjaga gol utama Perak untuk perlawanan seterusnya. Perak perlu mencari penjaga gol simpanan yang lain sebagai backup kepada Tan Sin Kiat. Sehingga kini belum ada laporan berhubung siapa penjaga simpanan tersebut. Bagi perlawanan selasa ini satu lagi berita yang kurang menarik terpaksa dihadapi di mana Ahmad Shahrul Azhar tidak dapt diturunkan ekorang kad kuning kedua yang dimilikinya semalam dan berlainan pula dengan Saravanan yang kemungkinan tidak dapat diturunkan dalam perlawanan tersebut kerana mengalami kecederaan. Bagaimana pun Chan Kok Heng yang sebelum ini tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan akan kembali kepadang setelah kembali pulih.
 


Gambar terbaru Hamsani terlantar di hospital.

Foto: Sani KL/SPARK

Rombongan KL/Spark untuk perlawanan Perak VS NS Chempaka
Yob4ever 24.3.2002

Bayaran: Ahli RM25 termasuk tiket, Bukan ahli RM30 termasuk tiket, Sila buat bayaran deposit ketika tempahan. Bertolak dari Taman Dato Harun 6.00 petang , Sila berada disana 30 minit sebelum bas bertolak untuk mengelakan sebarang kesulitan.

Hubungi AJK dibawah untuk tempahan dan bayaran:
En Abdul Rahaman 013-623 2497 (Presiden)
En Sahabuddin       019-350 0492
En Ali Rahim           016-3648569
En Sani                   019-364 2606 (Cheras)
En. Shabuddin Mohd Aziz  013 - 326 4739

Perak VS Perlis di Kangar
Yob4ever 23.3.2002

Keputusan di Kangar Seladang megekalkan kedudukan ditahta liga Primier 1 selepas menundukan Singa Utara 1-0. Gol dijaringkan oleh ketua pasukan Ahmad Sharul Azhar pada separuh masa kedua. Selangor terus mengekori ditangga kedua dengan jarak 2 mata apabila menewaskan NS Chempaka 3-1 di Shah Alam. Selasa ini Perak akan menanti kedatangan NS Chempaka di Ipoh, sementara Selangor akan menanti Kedatangan Pahang di Shah Alam.

Keputusan lain:
Kelantan 1 P. Pinang 1
Selangor 3 NS Chempaka 1
KL 0 Sarawak 2
Sabah 2 Johor FC 1
Pahang 1 Terengganu 2
N. Sembilan 0 Melaka 1

 

Robson tinggalkan Perak ?
Yob4ever 21.3.2002

Robson Pereira De Silveria pemaim import ke 2 Perak  telah membungkus begnya untuk Balik ke Brazil, sambil memetik “family problems” sebagai sebab untuk berhenti dari pasukan. Para pegawai pasukan tidak sedia bercakap mengenai De Silveria  diatas keputusannya  pulang ke Brazil. Tetapi menurut jurulatih Toni Netto yang De Silveria disahkan telah meninggalkan pasukan selepas Perak menang 1-0 ke atas Kelantan di dalam Premier 1 pada hari Selasa di Stadium Perak. De Silveria tidak tersenarai untuk perlawanan tersebut. Dia telah bertolak untuk ke Brazil kerana masalah keluarga dan saya jangkakan ia tidak kembali. Sebenarnya, perbincangan telah dibuat dengan agennya untuk mencuba seorang  lagi striker Brazil yang lebih muda dan lebih tinggi menurut  Netto lagi. Pemain tersebut juga dari Sao Paulo dan dia dijangka berada di sini percubaan dalam beberapa hari akan datang.

De Silveria telah berjuang untuk menyesuaikan dalam pasukan sejak dia diambil  pada 20 Feb 2002. Kelewatan tiba Sijil Tukaran Antarabangsanya (ITC) menahan kemunculan lebih awal untuk Perak. Kontrak De Silveria itu ditanda tangan selama setahun tetapi di bawah kontrak, dia harus membuktikan keupayaannya dalam masa satu bulan, jika  gagal Pihak PAFA berhak  untuk menamatkan kontraknya lebih awal. De Silveria muncul kali pertama ketika Perak tewas 2-0 pada Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu. Dia menggantikan Chan Wing Hoong selama 30 minit terakhir perlawanan dan memberi suatu persembahan yang kurang digemari oleh peminat Perak. Dia datang ke Perak dengan reputasi  23 jaringan gol ketika membantu Kelab Marilia FC lalam liga Division Satu Sao Paulo. Tetapi De Silveria bukan seorang tokoh popular dengan peminat tempatan. Pemergiannya bukan satu kerugian buat Perak. Penyerang tempatan, seperti Khalid Jamlus, V Saravanan dan pemilik kasut emas musim lalu Norizam Ali Hassan dikatakan bermain lebih baik daripada De Silveria.

Jamuan KL/SPARK bersama pemain
16.3.2002

Perak (1) Vs Kelantan (0)
 yob4ever 19.3.2002

Kehadiran beberapa pemain Perak mengikuti latihan Fasa 1 Piala Tiger dan Piala Asia di wisma FAM.... Klik

Laporan perlawanan ..Klik

Borang.....
Yob4ever 11.3.2002

Rombongan KL/Spark ke Ipoh (Perak vs Kelantan)
Yob4ever 14.3.2002

Sila download borang ahli atau borang langanan majalah KEJOR YOB KEJOR. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi AJK yang berhampiran anda (Ipoh atau KL/Selangor)

 

 

Klik sini untuk Borang langanan
Klik sini untuk Borang ahli Ipoh
Klik sini untuk Borang ahli KL/SPARK

 

Sempena dengan perlawanan Liga Primier 1 Selasa depan diIpoh, Kelab KL/Spark akan mengadakan rombongan ke Stadium Perak. Bagi mereka yang berminat menyertai rombongan tersebut sila hubung AJK untuk tempahan dan bayaran, tempat adalah terhad,
Butir perjalanan:
Berkumpul: BLOCK 2 ,FLATS TAMAN DATO HARUN, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR.
Bertolak: 6.00 petang, Balik selepas perlawanan tamat, Bas tidak akan berhenti semasa perjalanan balik memandangkan esok adalah hari kerja. Harap maklum

Sila hubungi AJK dibawah untuk tempahan.
En Abdul Rahaman 013-623 2497
En Sahabuddin      019-350 0492
En Ali Rahim          016-3648569
En Sani                  019-364 2606 (Cheras)

Rekod pertemuan Perak KL sejak 1998
Yob4ever 9.3.2002

KL menjerit .....
yob4ever  9.3.2002

1998
 30.05.1998 - KL (2)  Perak (0)
  00.00.1998 - Perak (0) KL (2)
2000
29.04.2000 - Perak (0) KL (0)
04.07.2000 - KL (1) Perak (0)
[Dalam 4 tahun di atas Perak tidak bertemu KL dalam Pusingan Piala Malaysia]

1999
17.04.1999 - KL (3) Perak (1)
12.06.1999 - Perak (0) KL (0)
2001
24.04.2001 - KL (3) Perak (2)
14.08.2001 - Perak (1) KL (1)
 

... bukan kerana mereka kalah, tapi kerana masih kebal terhadap pasukan Perak. Walau dimana kedudukan Perak dan KL dalam liga primier 1 ia bukanlah ukuran sebenar kekuatan mereka ketika bertemu. Para peminat yang majoritinya bebaju kuning dapat menyaksikan badi Stadium Cheras menghantui benak pemikiran peminat Perak. Klik

Jom kita ke Stadium Cheras
8.3.2002

Badi KL .....
Azrul Zamani 9.3.2002

Bagi anak-anak Perak di KL/Selangor anda seharusnya tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan Perak KL ini dan diminta kepada semua peminat memakai baju berwarna kuning, warna utama jersi pemain kita. Pihak Kelab peminat KL/Spark akan membuka kaunter pendaftaran ahli baru disana nanti. Juga tidak ketinggalan Majalah KEJOR YOB KEJOR Keluaran sulung Kelab peminat dengan harga RM2.50 satu (Edisi pertama sahaja) akan dijual disana. Stok terhad siapa cepat dia dapat.

Perak merajai liga selama seminggu ini. Malam ini Perak akan menentang Kuala Lumpur di Stadium Cheras. Kuala Lumpur satu nama yang gah di persada liga tempatan merupakan pasukan yang paling sukar untuk Perak  kalahkan selepas Pasukan Kedah. Ini dibuktikan lagi selepas melihat rekod 5 tahun dulu yang pasukan Perak banyak menerima kekalahan walaupun satu ketika mendahului pasukan Kuala Lumpur dengan selesa. Mungkinkah malam ini, satu lagi badi akan terhapus. Dengan berita terbaru dari skuad kebangsaan yang memanggil seramai 5 orang pemain Perak ke kem Malaysia akan menaikkan lagi semangat pemain tersebut untuk mengakhiri badi tersebut. Beramailah kita ke Stadium Cheras malam ini untuk memberi sokongan dan seterusnya Perak akan terus berada di atas..Samba Perak

Website yob4ever problem
7.3.2002

Perlawanan Perak KL
8.3.2002

Permasalalah disebabkan bandwith yang tinggi (ramai masuk serentak) selepas perlawanan Piala FA semalam. kerja membaik pulih sedang dibuat oleh pihak pembekal server (Tripod). Sila bookmark "Forum" kerana jika masalah ini berulang Ruangan Forum masih beroperasi kerana ia terletak di server yang berlainan dan anda masih boleh mendapat maklumat atu berita dari sana.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada maklumat rasmi mengatakan perlawanan tersebut akan diadakan pada hari Jumaat. Seorang dari rakan saya yang mengubungi SEN petang tadi juga mengatakan tiada sebarang perubahan jadual dari FAM. Kekeliruan ini timbul apabila ulasan bolasepak Liga M yang disiarkan di RTM mengatakan perlawanan akan diadakan hari Jumaat. Sila rujuk pada akhbar utama esok untuk maklumat.

Keputusan Piala FA dari Kangar
5.3.2002

Keputusan Piala FA di Ipoh
5.3.2002

Keputusan seri 1-1. Gol Perak dijaringkan oleh Indra Putra pada separuh masa pertama. Perlis mendapat gol pada separuh masa kedua melalui sepakan penalti. Robson pemain import dari Brazil masih tiada dalam senarai 18 pemain, 2 kad merah dilayangkan kepada pemain perlis. Keputusan penuh Perak layak dengan aggreget 6-4

Kedudukan kekal 1-1 sehingga tamat masa tambahan dan keputusan melalui tendangan penalti. Perak TKN terkeluar dari saingan piala FA apabila 2 dari sepakan tersebut tidak masuk. Keputusan di Ipoh, KL menang dengan 4-1. dengan keputusan ini Perak akan bertemu KL dipusingan kedua nanti

Dapatkan majalah KEJOR YOB KEJOR di Stadium Cheras
4.3.2002

Lagi Kelab Peminat ditubuhkan
5.3.2002

Bersempena perlawanan bola sepak diantara Perak dan KL di Stadium Cheras Sabtu ini, peminat di Lembah Klang boleh mendapatkan majalah tersebut disana. Harga untuk keluaran pertama adalah RM2.50.

Tarikh: 17/03/2002 (Ahad)
Masa: 2:00  petang
Tempat: Padang majlis perbandaran Tapah.
Kelab peminat KL/SPARK dan Ipoh telah di jemput ke majlis pelancaran Kelab peminat Cawangan Tapah dan akan menghantar wakil berserta pemain bola sepak (dikalangan ahli kelab) untuk memeriahkan majlis tersebut. Perlawanan bola sepak persahabatan akan diadakan iaitu diantara pilihan IPOH + KL/SPARK vs TAPAH. Kepada ahli-ahli kelab yang berminat untuk menyertai majlis tersebut sila hubungi AJK kelab.
Berita oleh: Sahabuddin b Abdul Samah (Setiausaha KL/SPARK)
 

Pandangan peminat dari  London
3.3.2002

Ulasan Perlawanan Perak N9
2.3.2002

Perak membuka cabaran bolasepak Malaysia 2002 dengan cukup cemerlang walaupun menerima tamparan awal oleh pasukan Johor FC. Namun mungkin itulah hikmah sebaliknya. Untuk beberapa perlawanan Perak ......... klik

 Perak memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-2 lebih menguasai permainan pada minit awal. Bagaimana pun pada minit ke 10 pemain yang berusia 34 tahun yang .....klik

Email baru
1.3.2002

Majalah "kejor yob kejor" - Radzmie
1.3.2002

Memandangkan semakin kerap Virus dikirim melalui email yang digunakan sebelum ini, saya terpaksa menukar alamat email terbaru webmaster@yob.4ever.cc sebagai langkah keselamatan. Sila gunakan email terbaru atas sebarang urusan dan pertanyaan. ariiosss ...Sham <webmaster yob.4ever.cc>

Nama Majalah : Kejor Yob Kejor.
Harga: RM3.00 (harga pengenalan untuk keluaran Mac RM 2.50)
Penjualan: Boleh didapati ketika penjualan tiket kelab di Greentown Mall atau di kaunter tiket kelab di Stadium Perak bagi peminat yang menetap di sekitar Ipoh. klik

Sah Robson bersama Perak - Radzmie
1.3.2002

Adakah Seladang akan terus mengamuk
Asrul 1.3.2002

Pemain import kedua Perak, Robson kini sah bersama Pasukan Perak dan telah pun menadatangani kontrak. Namun kini beliau dilaporkan dalam keadaan tidak sihat apabila mengalami muntah-muntah selepas hanya sehari berlatih bersama skuad. Dipercayai berpunca dari makanan yang tidak sesuai bagi beliau. Kemungkinan dia akan diletakkan dalam 18 pemain utama ketika Perak menentang N.9.

Seperti yang kita maklum, pasukan kesayangan rakyat negeri Perak, Liga M Perak telah menguasai persada Liga Premier Satu selepas 6 perlawanan dilangsungkan. Pasukan Liga M Perak telah menanduk mati Penyu, Gergasi Merah, Singa Utara, Kancil dan yang terbaru Sang Buaya Bujang Senang. Pasukan Liga M Perak hanya menggunakan teknik satu sentuhan sahaja semasa bermain dan permainan ini menyebabkan pasukan lain kucar-kacir untuk melawan arus perlawanan. Ini menunjukkan bahawa mutu bolasepak kita masih di tahap rendah walaupun ada beberapa jurulatih pasukan lain yang berkursus di Negara luar terutama Brazil masih tidak boleh membawa perubahan perlawanan kepada pasukan tersebut. Adakah Seladang akan terus mengamuk di Stadium Perak malam esok(2/3/2002) menentang Si Rusa yang cedera ditikam Gergasi Merah pada perlawanan lepas? Adakah Hamsani Ahmad  akan bersimpati dengan pasukan kelahiran dan lamanya? Keputusannya akan kita saksikan esok dan marilah kita beramai-ramai dan kunjungi Stadium Perak esok untuk memberi sokongan padu dan tak berbelah bagi kepada Pasukan Liga M Perak. Samba Perak.