Ogos 2002 | |
Jersi No. 25 kembali beraksi. 25.08.2002 |
|
|
|
Berita ringkas - Edisi
sebelum berangkat ke Paroi. 1.20 petang 24.08.2002 |
Perak ke Suku akhir Piala
M'sia 2002. 25.08.2002 |
Sumber risikan laman web yob4ever mendapat maklumat ada berita gembira buat Perak di Paroi malam ini. Bagi anda yang ingin mengetahuinya dijemput ke sana sambil memberi sokongan. Kami tidak dapat memaklumkan perkara ini sehingga wisel permulaan kerana khuatir akan menggangu strategi permainan Perak jika diketahui lawan... Adakah Sara akan bermain malam ini atau Faizal telah pulih 100% atau Perak mendapat penganti baru Nduka atau Indra berubah ke posisi penyerang ditengah atau Hamsani akan diturunkan dipermulaan permainan atau teka je le .......... yang nak tau juga jom ke Paroi...jawapannya ada di sana... |
2 mata yang diharapkan di Paroi tidak
ditemui, bagaimanapun 1mata yang diperolehimemadai untuk ke suku akhir
setelah JFC tumpas 2-1 di Alor Star. Gol pertama di Paroi mengejutkan para
penyokong Perak yang lebih ramai dari penyokong tuan rumah dihasilkan pada
minit ke19 setelah Sin Kiat tidak sempat bangun setelah bola yang ditolaknya
menuju kearah pemain lawan untuk diserang balas. Namun minit ke 42 adalah
detik penyelamat Perak apabila Indra menjaringkan gol penyamaan sekali gus
Chan Wing Hoong terpaksa dibawa keluar kerana kecederaan dikepala dalam
usaha mendapatkan gol tersebut. Ayam tambatan Perak yang baru kembali dari
Jerman dibawa masuk ternyata amat dirindui oleh peminat hinggakan ketika ke
tandas pun peminat tetap memberi tepukan terhadapnya. Ternyata tempuh
penerbangan yang lama dan berita kecederaan beliau sebelum ini terjawap
selepas melihat beliau beraksi. Ramai peminat tertanya-tanya apakah Khalid
sudah kembali pulih dari kecederaannya ? Kita tak perlu cepat melatah kerana
kita akan mengetahui juwa jawapan sebenarnya nanti. Kedudukan seri 1-1 kekal
hingga wisel penamat walaupun Perak mempunyai 4 ~ 5 peluang menjaringkan gol
ketika pemain berhadapan 1 lawan 1 dengan Abd. Hadi Tahir penjaga gol N9C.
Tiada rezeki Perak untuk menang di Paroi tetapi rezeki Perak ke suku akhir
masih ada. Tentunya semangat pemain dan peminat Seladang akan bertambah
dengan kembalinya Khalid ke Perak sehingga penamat musim 2002 ini. Petemuan
terakhir Selasa ini akan menentukan siapakah pencabar Perak di suku Akhir
kerana kedudukan dikumpulan B masih terbuka unutk semua pasukan. Samba Perak
akan kembali... |
Khalid akan kembali beraksi
bersama Perak. 24.08.2002 |
|
Khalid Terpaksa Tunggu Tiga Bulan Untuk Sertai
Bundesliga |
|
Pertempuran habis-habisan. 24.08.2002 |
|
|
Seperti yang dijangka, Seladang terpaksa menunggu perlawanan seterusnya untuk mengetahui keputusan layak ke suku akhir Piala Malaysia 2002. Kunjungan ke Paroi Sabtu ini juga menjanjikan pertempuran habis-habisan NS Chempaka yang mula bangkit setelah mengalami kekalahan 3 kali berturut-turut dengan menewaskan Johor FC. Saingan kumpulan D masih terbuka untuk ke empat-empat pasukan, namun Seladang yang memerlukan 2 mata sebagai syarat ke suku akhir bakal tidak mendapat laluan mudah. Kecederaan Faizal Zainal yang belum diketahui bila akan pulih juga turut meresahkan penyokong Perak apatah lagi melihat Kedah mendapat mata kemenangan dimasa kecederaan permainan. Tiada lagi kelibat Nduka untuk aksi selepas ini bakal membuka peluang pemain lain yang sebelum ini kerap memanaskan bangku simpanan. Impian untuk melangkah kaki ke suku akhir seharusnya dicapai di Paroi walaupun Perak terpaksa berdepan tentangan habis-habisan NS Chempaka. Bagi para penyokong di Lembah Klang dan Selatan tanah air, sokongan anda di Paroi dinantikan....... |
Preview Seladang vs Kenari. 20.08.2002 |
|
Hari ini bermula pusingan kedua Piala Malaysia. Perak sekali akan bertemu Kedah di Alor Star. Kali ini Perak akan berhadapan laluan lebih sukar berbanding pertemuan sebelum ini di Ipoh. Kepenatan bermain di Bukit Jalil Sabtu lalu berbanding Kedah yang berehat menanti serta pulih sepenuhnya kecederaan Akmal Rizal dan Rafdi Rashid ditambah pula ketiadaan Saravanan yang terpaksa berehat 2 perlawanan selepas ini dan bermain ditempat lawan adalah faktor yang harus dikaji formula untuk mengatasinya. Harus diingat 3 pemain Perak (Ahmad Shahrul, Indra dan Rushanizam) adalah dalam senarai pasukan skuad Kebangsaan untuk Ke Busan Korea September ini. Kenyataan yang mengarahkan FAM meyediakan persiapan lebih awal dari jadual asal membolehkan ketiga-tiga pemain ini dipanggil serta-merta menjalani latihan pusat tanpa memperdulikan cabaran Piala Malaysia yang sedang berlangsung. Tiada jawapan lain melainkan kemenangan yang harus dikecapi esok agar laluan ke episod seterusnya Piala Malaysia dapat diketahui lebih awal tanpa perlu menanti hingga ke perlawanan terakhir Perak yang akan bertemu Johor FC di Pasir Gudang hujung bulan ini. Lakukan yang terbaik kami sentiasa dibelakang. Tetap bersama mu... PERAK. |
|
Perak vs Penang Final FA Cup
2002. 19.08.2002 |
Lupakan yang berlalu, usahakan
yang baru. 20.08.2002 |
Klik
untuk photo pemain dan pengurusan |
Kekalahan 1-0 kepada Pulau Pinang (PP) memang sukar diterima, tetapi itulah adat perlawanan. Hanya 1 pasukan yang akan bergelar juara. Jelas resputasi sebelum perlawanan tidak boleh diambil kira. Kita bermula dengan 0 pada wisel permulaan. Telalu mudah untuk menunding jari menacari siapa yang harus disalahkan, tapi apa gunanya. Apa yang harus dilakukan kaji kelemahan yang ada dan perbaiki yang mana perlu. Belum terlewat untuk kita berusaha untuk mendapatkan Piala Malaysia. Tak perlu menoleh kebelakang lagi kerana cabaran lebih mencabar menanti dihadapai. Jangan ambil mudah kemampuan lawan walau apa sekali status mereka. Bagi kami para peminat musim 2002 Perak adalah skuad terbaik yang pernah dihasilkan dan jangan cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Tingkatkan lagi usaha, InsyaAllah kita akan lebih berjaya. Samba Perak |
Kenangan. Peminat Bola from yob4ever forum 16.08.2002 |
|
Kemunculan Perak sebagai sebuah pasukan elit didalam kancah bolsepak negara telah menarik hati ramai peminat kepada sukan no. 1 diMalaysia. Sudah semestinya anak kelahiran Perak didalam atau luar negeri Perak menjadi penyokong-penyokong setia. Semenjak Perak menjuarai Piala FA ditahun 1990, ramai mula berminat mengambil tahu perkembangan bolasepak negeri Perak. Boleh dikatakan semasa perlawanan akhir 1990 & 1991 yang berlangsung diStadium Merdeka, terdapat lebih 1/3 dari jumlah penonton yang menyaksikan adalah penyokong Perak. Semenjak kejuaraan itu, bilangan penyokong mula bertambah, walaupun pada tahun 1994, Perak menggunakan Stadium Lumut sebagai stadium tuan rumah Perak, yang ketika itu Stadium Ipoh terlibat dalam kerja-kerja renovasi. Selepas 1994, skandal rasuah melanda bolasepak negara, ramai pemain-pemain dituduh terlibat dan segelintir pemain-pemain Perak tidak terkecuali terbabit juga. |
Tahun 1987-89 diperingkat separuh akhir Piala Malaysia, nasib tidak menyebelahi Perak ,apabila kecundang ditangan Kedah. Pengurusan Perak samaada Pengurus hingga keJurulatih memberanikan diri secara terbuka menyatakan tidak puas hati kepada mutu pengadilan kepada FAM. Tahun 1998, merupakan salah satu kegemilangan (pasukan cencaru makan petang Perak apabila membuat kejutan memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia dan terus menjuarainya. Kini Perak sedang menghampiri untuk mencapai kejuaraan berganda (sejak 1989) apabila Johor (1991),Pahang(1992),Kedah (1993) dan Singapura(1994) pernah melakukannya. Tidak ada pasukan yang memenangi Piala FA dan Piala Liga pada satu-satu musim sejak 1989. 17 Ogos akan memungkinkan Pasukan Perak menjadi pasukan pertama menjuarai kedua-duanya. Sebagai peminat dan penyokong bolasepak Perak, sudah tentu harapan yang tinggi disandarkan keatas 11 anak buah Tony Gonzales Netto untuk menyempurnakan impian peminat dan penyokong Perak.............................. |
Ralat. 13.08.2002 |
Tiket Piala FA 2002. 16.08.2002 |
Artikel sebelum ini yang menyebut majalah "kejor yob kejor" (KYK) keluaran terbaru akan diedar Sabtu ini di Bukit Jalil tidak kesampaian. Kami diberitahu bahagian percetakan tidak dapat menyiapakan KYK pada tarikh tersebut. Harap Maaf. |
Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket RM10 yang
sebelum ini dilaporkan habis (peruntukan untuk penyokong Perak) di Wisma FAM
di minta memeriksa semula di kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil
Jumaat dan Sabtu ini. Kesemua tiket yang tidak dapat dihabiskan di Ipoh
sebelum ini akan dijual semula di sana. Bagaimana pun ketika dihubungi
petang tadi Syarikat yang menjual tiket menyatakan masih lagi terdapat tiket
berharga RM20 dan RM30 untuk penyokong Perak yang sebelum ini diperuntukan
untuk peminat di Lembah Klang. Terdapat juga maklumat yang menyatakan ramai
penyokong Perak di Utara yang membeli tiket di Pejabat Penang FA dan peminat
di Lembah Klang yang membeli tiket RM10 yang diperuntukan untuk Pulau Pinang
setelah tiket yang diperuntukan untuk penyokong Perak telah kehabisan. Apa
yang pasti Perak telah memenangi dari segi bilangan penyokong yang hadir ke
Stadium Sabtu ini. Tahniah buat Yob dan Yong semua.. |
Pengumuman. 12.08.2002 |
Ringkasan dari KL/SPARK. 12.08.2002 |
|
1) Masih terdapat stock Jersi (Kuning dan putih)
serta Wind Braker di KL/SPARK. Peminat di Lembah Klang yang berminat boleh
menghubungi AJK KL/SPARK dibawah untuk urusan pembelian. |
Indra semakin garang... 12.08.2002 |
|
Tanpa menjankakan Nahoda utama terpaksa direhatkan kerana deman, pasukan Kejor yob kejor menanti kehadiran sang kenari dihadapan lebih kurang 18,000 penyokong yang sekian lama menanti saat pertemuan ini. Chan Wing Hoong yang dijangkakan tidak beraksi kerana kecederaan dikepala turut tersenarai dalam barisan pemain malam itu. Kesebelasan pemain separuh masa pertama juga turut disertai oleh Shahrul Nizam dan Saravanan yang kebiasaannya diletakan untuk separuh masa kedua. Indra Putra terus mencatat nama dalam senarai penjaring apabila berjaya melepasi pertahanan Kedah yang diketuai A. Victor pemain yang dipinjamkan kepada Perak musim lepas bagi meletakan kedudukan 1-0. Bagaimana pun dipenghujung separuh masa pertama Kedah berjaya menghasilkan gol dalam kekalutan di pintu gol Perak. Kedudukan separuh masa pertama 1 Perak dan 1 kedah. |
Saingan separuh masa kedua bermula dengan Perak
memasukkan Nduka Ugbade serta T. Prasad yang semakin meningkat tahap
permainan beliau sambil mengeluarkan Saravanan dan Shahrul Nizam. Ternyata
Kedah lebih bernafsu untuk terus menambah koleksi jaringan dengan memasukkan
Rafdi Rashid dan Akmal Rizal dibahagian jentera pemusnah mereka. Menyedari
Kedah kerap melakukan serangan, Perak mengubah corak permainan dengan lebih
kerap melancarkan serangan dan saat dinantikan hadir sekali lagi melalui
Indra yang berjaya memperdaya Mazlan Wahid walaupun terpaksa berhempas pulas
untuk melepasi pertahanan Kedah untuk gol ke 2 Perak. Kemenangan
berturut-turut ditempat sendiri ini memenuhi harapan peminat yang selepas
ini tidak akan dapat lagi mengunjungi Stadium Perak sehinggalah bulan
Oktober ini. Perak akan bermain ditempat lawan dalam 3 perlawanan seterusnya
dan memerlukan 1 lagi kemenangan bagi memudahkan laluan keperingkat
seterusnya. |
Berita PAFA 1. 10.08.2002 |
Berita PAFA 2. 10.08.2002 |
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) ingin mengumumkan bahawa tarikh penjualan
tiket bagi perlawanan akhir Piala FA ialah pada 14 dan 15 Ogos ini bertempat di
Stadium Perak Ipoh.Penjualan tiket akan dibuat secara dua sessi iaitu sessi pagi
mulai jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari dan sessi petang mulai jam 2.30 hingga
6.00 petang. Jualan akan dibuat di semua kaunter tiket Stadium Perak.Tiket-tiket
yang akan dijual adalah berharga RM10, RM20 dan RM30.Bagi mereka yang ingin
membeli tiket tersebut, mereka digalakan datang lebih awal bagi mengelakan
berlakunya kesesakan dan kehabisan tiket kerana pihak PAFA hanya menerima 30500
tiket sahaja untuk dijual.Setiap orang hanya layak membeli 4 keping tiket sahaja
dan tempahan tiket tidak akan diterima melainkan datang sendiri untuk
mendapatkannya. |
Sempena
Perlawanan Akhir Piala FA 17 Ogos ini, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA)
akan mengadakan Jualan Promosi barangan sukan berjenama Diadora disamping
menghadiahkan sekeping tiket perlawanan yang berharga RM10 dengan setiap
pembelian. Ianya diperjelaskan
oleh Bendahari Kehormat PAFA, Tuan Haji Mansor b Ahmad di pejabatnya di
Kompleks Seri Idaman semalam. Penjualan dan promosi barangan tersebut akan
dibuat pada hari penjualan tiket iaitu pada 14 dan 15 Ogos ini bertempat di
Perkarangan Pentas Utama Stadium Perak. Antara barangan yang dipromosikan
ialah jersi rasmi pasukan Perak berwarna kuning (home), jersi putih (away),
t-shirt berkolar, t-shirt kelab peminat, sandal dan kasut joging. Promosi
ini bertujuan menggalakan penyokong-penyokong memakai pakaian serba kuning
terutama jersi rasmi pasukan Perak bagi memeriahkan suasana perlawanan akhir
yang penuh bersejarah. |
Laporan perlawanan akhir
Piala FA 2002. 10.08.2002 |
Siapa lebih kuning? 10.08.2002 |
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan perlawanan akhir diantara Perak dan Pulau Pinang akan dilangsungkan pada Sabtu depan 17.8.2002 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh menempatkan kapasiti 80,000 penonton. Tiket berharga RM30 (grandstand), RM20 (terrace), RM10 (open) dan RM5 pelajar sekolah akan mula dijual Selasa ini di Stadium Perak di Ipoh. Bagi peminat di Lembah Klang pula boleh mendapatkannya di Wisma FAM Kelana Jaya bermula pada hari yang sama. Tiket juga akan dijual di Stadium Bukit Jalil pada hari Jumaat dan Sabtu. Bagi anda di Ipoh yang ingin menyertai rombongan bersama kelab peminat boleh membuat tempahan dengan mengunjungi gerai Kelab di belakang Stadium Perak. SEKALI LAGI DIMINTA SEMUA PENYOKONG PERAK YANG DATANG MEMAKAI BAJU BERWARNA KUNING. |
Satu-satunya perlawanan yang tertunda minggu ini dilihat mempunyai agenda yang tersirat. Pertemuan juara Perdana 1 menentang Juara Perdana 2 boleh memberi jawapan siapakah juara sebenar liga 1 & 2. Kedah yang sekian lama menghuni Perdana 2 adalah pasukan yang sebelum ini sukar ditewaskan oleh Perak. Kali terakhir bertemu dalam perlawanan persahabatan menyaksikan Perak tewas kepada pasukan Hijau kuning ini. Tanpa kelibat Wing Hong yang cedera dikepala Perak masih mempunyai ramai pemain pelapis yang boleh diturunkan bila-bila di perlukan. Bagi Perak kemenangan ditempat sendiri dalam perlawanan terakhir di Ipoh amat di perlukan bagi memudahkan laluan ke Suku Akhir Piala Malaysia apatah lagi selepas ini Perak akan bermain ditempat lawan dalam 3 perlawanan seterusnya. Kedah yang sebelum ini bertindak garang membenam NS Chempaka 4-1 di Paroi akan memiliki lebih kekuatan dengan kembalinya Akmal Rizal dan Rafdi yang pulih dari kecederaan. Bagi penyokong Perak sokongan anda di stadium amat di perlukan. kejor yob kejor.. |
Penyokong lontar batu -
Presiden MAFA mohon maaf. 09.08.2002 |
|
PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MAFA) semalam memohon maaf kepada penyokong Perak berikutan kejadian penyokong Telekom Melaka melontar batu pada bas penyokong Perak, selepas perlawanan separuh akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium Hang Tuah, Selasa lepas. Presiden MAFA, Datuk Ibrahim Durum berkata persatuan itu kesal dengan gelagat segelintir penyokong Telekom Melaka yang tidak dapat mengawal emosi sehingga tercetusnya kejadian itu. ``MAFA beri jaminan kepada mana-mana pasukan lain dan penyokongnya yang bertandang ke Melaka dalam perlawanan Piala Malaysia yang membabitkan pasukan Melaka dan Telekom Melaka di masa hadapan, kejadian seumpama itu tidak akan berlaku,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Melaka, semalam. |
Beliau berkata MAFA telah mengarahkan pegawainya supaya meningkatkan lagi kawalan di Stadium Hang Tuah terutama menjelangnya perlawanan Melaka menentang Pulau Pinang, Sabtu ini. ``Walaupun kejadian itu berlaku di luar kawasan stadium, iaitu di tempat letak kereta, MAFA memandang berat insiden berkenaan,'' katanya. Menurut beliau MAFA menyokong polis mengambil tindakan terhadap penyokong yang terlibat dalam kejadian itu supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara serupa. Ibrahim berkata sekiranya penyokong Telekom Melaka tidak berpuashati sama ada dengan pengurusan pasukan itu, pengurusan stadium atau pengadil, mereka boleh menghubungi pejabat MAFA dan membuat bantahan melalui saluran yang betul. - Bernama |
Bas penyokong Perak
dibaling batu. 08.08.2002 |
Perubahan Jadual Piala
M'sia 2002. 08.08.2002 |
Ketika mengunjungi Stadium Pahang di Kuantan dalam separuh akhir Piala Malaysia 2001, salah sebuah dari cermin bas penyokong Perak telah dibaling batu. Selasa lalu kisah yang sama ini kembali lagi ditempat yang berbeza. Stadium Hang Tuah yang terletak di tengah bandar Melaka mencatat rekod kurang menarik untuk dikunjungi oleh pelawat luar apabila 5 dari bas penyokong Perak mengalami nasib yang sama. Tindakan liar segelintir penyokong yang tidak memahami semangat kesukanan ini amat dikesalkan. Perjalanan pulang penyokong Perak ke Kuala Lumpur dan Ipoh yang sepatutnya boleh bergerak awal terpaksa menunggu hingga ke jam 2.00 pagi bagi menyelesaikan laporan Polis. Tidak cukup dengan itu perlawanan TM dan Perak itu juga diiringi dengan letupan mercun yang kadang kala singgah ditepi padang. |
Perlawanan Perak dan Kedah yang sepatutnya berlansung pada hari Sabtu ini 10.8.2002 akan ditukar ke hari Ahad pada waktu dan tempat yang sama. Demikian menurut laporang yang dipetik dari laman web PAFA. |
|
|
Perak ke perlawanan Akhir
piala FA 2002. 08.08.2002 |
|
Perak bertandang ke Stadium Hang Tuah, Melaka dalam pertandingan Separuh akhir ke 2 Piala FA. Kemenangan yang diharapkan akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun Perak terpaksa membayar pada harga yang tinggi ekoran terpaksa merehatkan penjaring gol awal, Chan Wing Hong untuk perlawanan akhir Piala FA nanti. Wing Hong dan Jasco dihantar ke Hospital berhampiran untuk rawatan susulan ekoran mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut. Sebelum itu juga Wing Hong telah menerima kad kuning kedua dalam perlawanan Piala FA. Perlawanan yang disaksikan hampir 5,000 penonton itu dimulakan dengan TM banyak menguasai permainan sehingalah ke minit 31 apabila counter attack dari Perak berjaya membolosi pertahanan TM yang diketuai oleh AsrulHanafiah. Kedudukan perlawanan kekal sehingga separuh masa pertama tamat. Menyedari ketinggalan 1-2 secara aggregat, TM terus ghairah mencari gol penyamaan, bagaimanapun hasrat mereka terhalang di benteng terakhir Perak apabila Tay Sin Kiat bertindak cemerlang menangkis serangan TM. Bagaimana pun kedudukan berubah menjadi 1-1 selepas Isaacc Kufor dijatuhkan dalam kotak penalti Perak. Perak mula beraksi garang selepas TM bermain 10 selepas seorang pemainnya diperintah keluar padang kerana kad merah. Dalam keghairahan menyerang bererapa peluang keemasan terlepas begitu sahaja walaupun hanya memerlukan sedikit ketenangan untuk sentuhan penyudah. Bagaimana pun bermain diperingkat separuh akhir sedikit tidak mungkin terdapat tekanan mental sehingga pemain bermain terlalu berhati-hati. Kemasukan T.Prasad selepas itu terus meranapkan impian TM untuk mencipta sejarah apabila pemain itu bertindak cemerlang disebelah kiri dengan membuat hantaran yang cantik untuk disudahkan oleh penyerang. Hasilnya Perak mendapat 2 lagi jaringan bagi melayakkan mengulangi episod 1990. Kali ini Perak akan bertemua Pulau Pinang pada 17.8.2002. |
|
Piala Milo 2002 Perak
terus dahului liga. 06.08.2002 |
|
|
Pasukan Skuad Piala Milo Perak meneruskan siri
kemenangan mereka, kali ini Sekolah Sukan Bukit Jalil 2 (SSBJ2) menjadi mangsa
lagi. Perlawanan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pada
Ahad 4.8.2002 bekesudahan dengan kedudukan 2-0. Bagaimanapun kedudukan diseparuh
masa pertama 0-0. |
12 bas
penyokong Perak akan ke Stadium Hang Tuah, Melaka. Sumber: KL/Spark 05.08.2002 |
|
Pertemuan penentuan separuh akhir ke dua malam esok yang akan memutuskan yang terbaik akan ke peringkat akhir Piala FA. Perak akan bertemu Telekom Melaka di Stadium Hang Tuah 8.45 malam esok. Kehadiran para penyokong yang selama ini amat dihargai oleh PAFA, jesteru itu sumbangan Penaja dari PAFA untuk AHLI KELAB peminat diteruskan dengan pembiayaan sepenuhnya 2 buah bas dari Kuala Lumpur ke Melaka esok. Sebelum ini PAFA juga telah menyediakan 10 bas dari Ipoh ke Melaka. Bagaimana pun bayaran untuk tiket perlawanan sebayak RM15 (grand stand) adalah atas tanggungan para peserta dan urusan pembelaian akan diuruskan oleh PAFA. Jadi tak perlu dirisaukankan tentang tiket jika anda bersama rombongan 12 buah bas tersebut. BAGAIMANA pun syarat yang dinyatakan sebelum ini dilaman web PAFA perlu dipatuhi. Rombongan ini adalah untuk ahli Kelab Sahaja. Bagi mereka yang belum menjadi ahli masih boleh menyertainya dengan mendaftar sebagai ahli Kelab dan jika masih ada kekosongan tempat didalam bas |
Untuk mereka yang ingin menyertai rombongan dari
KL/SPARK (ahli dan buka ahli) sila hubugi AJK dibawah untuk tempahan |
Apakah impian akan menjadi
kenyataan? 05.08.2002 |
|
Tinggal 90 minit lagi sebelum keputusan penuh pasukan yang akan ke peringkat akhir Piala FA diketahui secara rasmi. Keempat-empat pasukan masih mempunyai peluang berdasarkan keputusan seri yang dicatat minggu lepas. Perak akan bertandang ke Stadium yang dikatakan keramat bagi Telekom Melaka walaupun tumpas kepada Pahang 2-1 masih tidak boleh dijadikan rujukan oleh Perak. Kita tidak mengetahui apakah TM terpaksa bermain dibawah kemampuan sebenar ketika bertemu Pahang kerana terpaksa berhadapan dengan Perak dalam perlawanan kalah mati esok. Apa yang kita saksikan di Ipoh Selasa lalu jelas TM mempunyai sebuah pasukan yang agak kuat dan mengamalkan corak bertahan |
TM dijangka akan mengubah corak permaianan kerana bermain digelangang sendiri dan ini akan memberi peluang kepada Indra, Norizam, Saravanan dan Nduka untuk mengkucar kacirkan pertahanan TM yang di ketuai oleh anak Perak Khairul Anuar Baharum. Yang pastinya peminat berharap pemain yang akan mengucapkan selamat tinggal untuk Perak musim depan, Nduka dapat meningkatkan prestasi beliau atau sebaliknya berada dibangku simpanan untuk memberi peluang kepada Saravanan atau Norizam. Tiada hadiah lain selain kemenangan buat peminat yang terpaksa mengambil cuti untuk ke Melaka esok walaupun Perak terpaksa merehatkan Kanu yang menerima kad kuning kedua minggu lepas. Samba yob. |
Perak vs Johor FC - Piala
Malaysia 2002. 04.08.2002 |
|
Misi ke 2 menawan Piala FA bakal berhadapan laluan sukar jika keputusan perlawanan pertama Piala Malaysia 2002 diambil kira. Ketumpulan jentera penyudah masih menghantui skuad Seladang yang lebih menguasai perlawanan tersebut. Ketiadaan pemenang anugerah kasut emas primier 1 2002 bukanlah alasan yang patut diberikan kerana kita mempunyai pemain lain yang berpotensi tinggi di kancah bola sepak Malaysia hari ini. Sepakan yang tidak menepati sasaran walaupun mempunyai peluang yang amat baik dilihat faktor utama kegagalan Perak untuk menambah koleksi gol pada setiap perlawanan. Rata-rata para peminat berharap perkara ini dapat diperbaiki walupun tempoh musim 2002 hampir ke penghujung bagi memantapkan pasukan dalam episod "menawan 3 piala". Tidak mustahil ia menjadi kenyataan kerana Perak memiliki Jentera pertahan terbaik musim ini dan memerlukan sedikit peningkatan dibahagian serangan. |
Telekom Melaka yang bakal dihadapi Selasa ini di Ipoh bakal menjadi penghalang berdasarkan keputusan menumpaskan Sabah 5-2. Kenyataan Pengurus dan Jurulatih sebelum ini yang mengangap semua pasukan yang bertanding dalam kancah Piala FA dan Piala M'sia adalah pasukan terbaik walaupun apa sekali status mereka. Jelas perkara ini telah dibuktikan oleh Selangor MPPJ, Selangor Public Bank dan Telekom Melaka (TM) dalam perlawanan pertama mereka. TM yang diketuai bekas pemain Perak sedikit sebanyak mengetahui kelemahan setiap pemain Perak yang pernah beraksi bersama beliau termasuk Hamsani ketika bersama Negeri 9 dulu. Perak memerlukan reformasi dibahagian jentera serangan sekiranya inginkan kemenangan dalam pertemuan ini bagaimanapun TM tentunya mempunyai misi yang sama terhadap Perak. Jelas pertemuan ini terbuka untuk kedua-dua pasukan dan hanya yang terbaik layak ke peringkat akhir. Semoga peminat yang datang pulang dengan kegembiraan seterusnya bersama memberi sokongan di Melaka pada 6/8/2002 nanti..Kejor Yob Kejor. |