November 2002
yob4ever e-groups
26.11.2002
yob4ever forum
26.11.2002

Khas bagi mereka yang jarang dapat mengikuti perbincangan atau berita terkini melalui internet tetapi mempunyai kemudahan email sahaja yob4ever telah melancarkan yob4ever e-group. Namun diharap mereka yang menyertainya dapat memanafaatkanya dengan sebaik mungkin dengan mengirim berita yang berkaitan bola sepak sahaja. Ini mengelakkan mailbox mereka yang meyertainya cepat penuh. Sekiranya anda ingin menertainya atau mahu membatalkan pendaftaran anda ianya amat mudah kerana urusan tersebut dapat dilakukan tanpa perlu pergi kemana-mana laman web. Bagi menyertainya sila kirimkan email kosong ke alamat yob4ever-subscribe@yahoogroups.com dan untuk membatalkan langganan juga hantarkan email kosong ke yob4ever-unsubscribe@yahoogroups.com melalaui email yang kerap anda gunakan atau membuka akauan email yang baru dimana-mana lawan web yang menyediakan email percuma.

Ujian keatas forum terbaru yang lebih baik sedang dijalankan bagi menguji kepantasan ianya beroperasi. Degan ini yob4ever menjemput anda semua berpindah sementara ke forum terbaru bagi mendapatkan maklum balas. Sekiranya ianya bersesuaian kita akan mengunakannya terus menerus. Bagaimana pun diforum baru ni anda dikehendaki mendaftar dahulu sebelum membuat sebarang posting yang mengambil masa yang singkat. Alamat forum tersebut adalah http://yob4ever.myikonboard.com. Sila bookmark alamat tersebut unutk kemudahan anda.
Sempena bulan puasa dan Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi saya dan rakan-rakan yang membantu dibalik tabir laman web ini memohon kemaafan diatas salah silap sepanjang mengendalikan laman web ini. Kami akan cuba memberi yang terbaik selagi kami mampu.
Salam dari yob4ever dan keluarga.

::::: 2003 :::::
17.11.2002


Masih terlalu awal untuk PAFA mengeluarkan senarai penuh pemain untuk musim 2003. Belajar dari kesilapan lalu, kali ini PAFA antara pasukan yang lebih awal membuat persiapan penyediaan pemain. Terlalu banyak cerita yang tersebar dari kem Perak namum berita pemindahan 2 pemain ke Perak TKN untuk membantu pasukan tersebut untuk musim 2003 dan penguguran Norizam yang dilapurkan akhbar yang dapat disahkan setakat hari ini. keputusan yang keluar nanti adalah keputusan yang lebih baik dari musim 2002 walau pun terdapat pro dan kontra dari kita sebagai peminat. Terdapat berita yang menyatakan pemain Import Perak kali ini  berasal dari benua Eropah Timur berdasarkan pembabitan Laszo Repasi bekas pemain Perak yang kini bertindak sebagai ajen pemain akan memperlihatkan kepada pengurus pasukan beberapa pemian import sedikit masa lagi. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan diposisi mana dan berapa ramai yang akan dipanggil untuk ujian nanti setelah khidmat Jasco tidak diteruskan untuk musim akan datang

Keputusan FAM yang mengadakan perlawanan sekali seminggu juga memberikan sesuatu yang baru kerana kita telah lama disajikan dengan 2 perlawanan setiap minggu. Bagi Persatuan keputusan ini memberi impact yang besar sama ada kantung mereka terus berisi atau semakin kempis. Ini adalah kerana jumlah perlawanan sebulan akan berkurangan 50% dari segi matematiknya dalam bilangan penonton yang sama kutipan akan berkurangan 50%. Hal ini mungkin akan berubah jika bilangan penonton akan bertambah memandangkan perlawanan  diadakan pada hari Sabtu yakni hari cuti bagi rata-rata negeri di Malaysia. Ini dapat saya teorikan berdasarkan sambutan penonton diluar Ipoh yang lebih suka berkunjung ke Ipoh pada hari Sabtu berbanding hari Selasa yang merupakan hari berkerja.


Norizam.. akan kembali ke negeri kelahiranya, sementara Ali (foto kiri atas) dan Shahrul Nizam (foto kiri bawah) akan memperkuatkan lagi barisan TKN yang akan beraksi di premier 2 musim 2003.
 


Berita terbaru mengatakan Shahrul Nizam akan menyertai Skuad Piala Presiden Perak

Hatrik Piala Malaysia.
02.11.2002

Itulah hasrat yang tak kesampain setiap peminat dan penyokong Seladang. Beraksi 3 kali dipentas finalist sebenarnya telah pun dicatatkan oleh Perak sebelum ini. 1970, 1971 dan 1972 Perak telah beraksi dipentas terakhir dah hanya pada 1970 Perak dapat mendakap Piala Malaysia dengan menewaskan Kelantan 2-0. Pada 1971 Perak terpaksa berkonsi Piala bersama Selangor setelah keputusan 1-1 dicatatkan di Stadium Merdeka dan menyerahkanya kepada Selangor pada 1972 setelah tewas kepada Selangor 3-1. Catatan menjadi Juara 3 kali berturut-turut setakat ini hanya mampu dicatat oleh 2 pasukan dari Lembah Klang. Kuala Lumpur yang menjadi juara pertama 3 kali berturut-turut pada tahun 1987,1988 dan 1989 dan yang menariknya Kedah adalah mangsa 3 tahun berturut-turut tersebut dan nama Kuala Lumpur terus tercicir beraksi dipentas terakhir itu sehingga ke tahun ini. Selangor menjadi pasukan ke 2 yang meneruskan catatan hatrik tersebut pada tahun 1995, 1996 dan 1997.

Semenjak ditukar nama ke Piala Malaysia dari Piala HMS Malaya pada 1967 terdapat beberapa catatan rekod yang lain antaranya:
1-Paling banyak menjadi juara, Selangor 14 kali dan sekali Juara bersama Perak. Perak 4 kali dan sekali juara bersama Selangor.
2-Paling banyak beraksi di pentas final. Selangor 20 kali (termasuk 2002). Singapura 10 kali dan Perak 8 kali.
Selain Stadium Merdeka, Shah Alam dan Bukit Jalil perlawanan akhir Piala Malaysia pernah diadakan di Pulau Pinang pada 1969 dan 1974. Jaringan terbesar perlawanan akhir yang pernah dicatatkan adalah pada tahun 1968 dimana Selangor menewaskan Pulau Pinang 8-1.
Disamping itu pada petang ini di Stadium mini Shah Alam pasukan pilihan Kelate Dot Net akan menentang pasukan bekas pemain Kelantan dalam perlawanan persahabatan. Kelate Dot Net dan yob4ever sering berkerjasama dalam memajukan laman web bola sepak masing-masing.